Saturday 17 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA -RUMAH TERBUKA DAN JUGA KONSEP SAMBUTAN

Pandangan dan Persepsi aje.... Saban tahun bila menjelang Syawal, ramai akan mengadakan ruma terbuka meraikan tetamu, ada yang berkonsepkan santai di rumah, di dewan, di Hotel dan malahan ditaman-taman. Ada hanya untuk sanak saudara untuk berkumpul, jemputan jiran, rakan sepejabat, kenalan dan juga kelab. Tradisi meziarahi ke rumah-rumah semakin berkurangan disebabkan pelbagai faktor. Kalau dikampung kebiasaannya mengunjungi yang lebih tua didahulukan kemudian rumah sepupu, jiran tentangga. Waktu itu semuanya adalah saudara mara dan sekarang dikampung sudah bercampur dimana jiran juga bukan saudara mara lagi. Ini disebabkan tanah yang dipusakai turut dimiliki oleh orang luar. Pelbagai sebab termasuklah desakan ekonomi, perpecahan antara keluarga, tanah semakin kecil dan juga pewaris yang menerima bahagian telah berhijrah atau menetap diluar daerah. Lebih malang lagi ada yang tidak mau menjual tanah pusaka yang diwarisi kepada kaum kerabat kerana masalah kecil hati, berpatah arang atau inginkan keuntungan berlebihan. Ada juga yang ada wang tidak mahu berbalah kerana takut masalah ini bertambah membesarkan luka tanpa parut sesama keluarga. Dalam masa ini ada juga tanah dijual kepada broker tanah untuk dijadikan taman perumahan dan mendapat keuntungan lebih besar dan boleh membeli tanah dikawasan berjauhan dengan lebih murah.
      Sekarang suasana berhari raya dikampung semakin tidak meriah apabila ramai keluarga telah mula menglangkaui sempadan dan semakin ramai memilih tempat tinggal berdasarkan keinginan masing-masing. Yang berwang dan berstatus membeli banglo dikawasan eklusif, yang mendapat ruang meneroka tanah berstatus TOL dan mendapat anugerah tanah juga tidak terkecuali. Yang bekerja dan berpencen juga mula menetap ditaman-taman ataupun kalau balik kampung bina rumah sebagai persinggahan dimusin perayaan atau cuti dan diwaktu biasa sebagai homestay atau rumah sewaan. Ini menyebabkan ada yang balik kampung disebabkan ada ibubapa lagi, abang Long, Kak Long dan mana yang boleh menumpang keluarga semasa balik kampung. Ramai yang balik, hanya sehari dua atau pada hari raya sahaja jika berdekatan atau berjauhan. Ada yang ada wang dan hendak keselesaan ramai menyewa hotel, homestay untuk menyambut hariraya dikampung. Keluarga yang balik pun tidak sepenuhnya ada yang balik berdua, berempat kerana anak-anak juga bekerja dihari raya ataupun balik kerumah sebelah keluarga suami atau isteri. Trend ini akan semakin melebar di masa akan datang kerana ramai kumpulan atasan dan pertengahan mula membina keluarga nuklues/kelompok masing-masing dan ibu bapa sudah tiada dan rumah kak keluarga terdekat juga tidak mampu menampung keluarga bertandang lama. Mereka juga berhari raya dirumah anak-anak diluar daerah. Mungkin dimasa akan datang 2030 ramai menyambut hari raya di kawasan percutian, yang berduit ke Mekah, atau bercuti diluar negara dan tiada lagi tradisi yang akan diwarisi. Perubahan ini akan berlaku jika tidak diambil endah/pusing/tahu ole ibubapa generasi sekarang.
       Rumah terbuka juga menjadi trend sekarang hanya yang dijemput sahaja datang, kalau tidak dijemput ramai tidak datang keran semua tahu bajet jamuan disediakan bagi jumlah yang dijemput. tambahan pula semuanya menganggap rumah terbuka seperti kenduri yang hanya khas buat jemputan. Jiran sebelah  ruma kadangkala jika tidak dimaklum atau ajak-ajak ayam, pasti senyap di dalam rumah atau buat program bertandang keluar. Ada yang membuat persepsi ruma terbuka hanya yang berkenaan sahaja. Jika dilihat rumah terbuka VIP dibuat pada hari raya pertama dimana ramai tidak berkesempatan datang disebabkan balik kampung, beraya bersama keluarga, jadi penuhlah rumah VIP dengan kumpalan rakan kenalan yang tidak dapat balik kampung disebabkan bos buat open house hari raya atau kaki bodek/berkepentingan sanggup batal program hari raya pertama bersama keluarga terdekat. Konsep bermaaf-maafan sesama muslim dipagi raya atau selepas raya tidak dapat dilaksanakan kerana yang datang rakan kenalan yang tidak berpuasa. Apa salahnya jika ada kemampuan dan berpakat mengadakan jamuan dimasjid/surau selepas 3 hariraya atau sebaiknya selepas puasa hari 6 syawal, agar ramai boleh hadir dan bermaaf-maafan sebagai tuntutan sebenarnya. Jamuan besar-besaran dengan mengumpulkan jemaah mengunakan khidmat sajian halal dari mula dari baan mentah setahun sekali semakin mengeratkan talisilaturaim dn ekonomi islam. Konsep ini mungkin sukar tetapi jika yang ada kuasa boleh memulakanya kerana kuasa wang terutamanya duit kerajaan boleh memilih lokasi yang terbaik dan hari terbaik untuk semua umat termasuk bukan islam. Wasalam -part 1

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive