Sunday 1 November 2015

MINGGU KE 6 DI MAKKAH dan BERAKHIR DI MADINAH

Alhamdullillah setelah hampir 6 minggu di Makkah, kami mengerjakan umrah kali ke 4 sebelum meninggalkan Makkah pada 15 Okt ke Madinah. Minggu tersebut kami banyak ke masjidil haram dan menunaikan tawaf sunnat dan juga qiamulail. ada waktunya kami ke safwa Bldg bagi makan malam dan berbuka puasa pada hari Isnin dan Khamis. persiapan ke madinah dibuat dan semua nagasi dibawa turun ke lobi Qsar Janadariyah sebelum jam 12 malam pada 14 Okt 15. Seawal pagi khamis selepas solat Zohor kami telaj menyelesaiakn tawaf Widak dan kembali kehotel dan terus bergerak ke madinah jam 1600. Perjalanan sejauh 440km dengan bas dan samapai di Madinah jam 1030 mlm.
      Keesokannya selepas solat suboh di Masjid nabawi kami di bawa menzirah makam rasullullah, saidina Abu Bakar dan Saidina Omar serta penerangan mengenai sejarah Madinah. Seperti biasanya jemaah Malaysia akan menguruskan ibadah masing-masing dan disebabkan ada ruangan untu muslimah, kami masing-masing pergi bersemdirian dan hanya bertemu diwaktu makan tengahari atau malam. yang lain masing-masing dengan routine ibadah masing-masing. Suasan di Madinah lebih tenang dan tidak terasa perit matahari disebabkan dekat dan pintu masuk yang luas tanpa sekatan. Tidak kedaapatan jemaah Iran, Bosnia dan China kemungkinan di atas faktor perbezaan mazhab atau mereka sampai lebih awal di Madinah. Selepas menziarahi masjid Quba, pasar Kurma dan bukit Uhud kami terus beribadah di masjid Nabawi disamping membeli ole-ole untuk kenangan.
     Barang-barang untuk balik ke malaysia telah dibawa ke airport pada 22  Okt dan selebihnya bagasi tangan dibawa menaiki pesawat pada 24 Okt jam 1630. lapangan terbang Madinah baru dibuka dan perjalana ke tempat Imigrisen hampir 1 km. Alhamdullillah, kami selamat mendarat di Malaysia jam 0740 pagi

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive