Saturday 13 February 2016

RUMAH PUSAKA DI LOT PT 1090 KSS AS - 10 FEB 2016

        Rumah yang berdiri tegak 40 tahun lalu yang telah diubahsuai mengimbau kenangan kami sekeluarga bersama  Ayah, Ibu dan 4 adik beradik. Sebelum itu rumah lama kayu berkuran 20 x 20 bertiang masih dikekalkan dan menjadi induk kepada rumah utama 20 x 40 kaki. Seingat aku semasa kecil rumah kami hanya rumah lama dan disambung ke dapur dan berlapik buloh sebagai pelantar dapor. Emak memasak menggunakan dapor kayu dan setelah kami membesar ( aku dan kakak), ayah mula membuka kedai runcit. Rumah dapor dibesarkan dan dibahagian anjung rumah turut dibesarkan dengan rumah pusaka datuk, Masih ingat jiran tetangga datang mengusong rumah datuk hampir 50 meter beramai secara gotong royong. Rumah berpintu daun besar, bahagian anjung menjadi bilik kami dua beradik dan juga pembantu rumah apabila ayah membuka kantin di SKBL semasa aku darjah 3 kalau tak silap tahun 1969.  Aku selalu ditemani Kak Bijah dan dia menguruskan kami tiga beradik. Bilik Ayah dan emak di rumah asal bersambung dengan kedai runcit..
    Pelbagai kenangan sejak kecil seperti projek bumi hijau semasa ayah berkerja sementara di jab pertanian bahagian racun serangga, beliau bercucuk tanam bendi, timun dan sayuran dihadapan rumah. pada waktu itu halaman rumah ditumbuhi pokok gelinggang kecil yang sering dijadikan ulaman bersama sambal belacan setelah dicelor. Dibelakang rumah pula ada reban ayam dibuat daripada buloh dan juga serkap ayam, pokok delima. Jauh dibelakang rumah dipenuhi belukar, pokok buloh dan pokok nipah. Belakang rumah tiada laluan kecuali melalui rumah datuk dan juga bahagian kampong Tok Jang Embun.
     Diwaktu musim hujan aliran sungai, parit besar melalui belukar, pokok nipah dan diantara rumah Wa Ismail/Wa Leha dan terus ke sungai Mat Saman. Rumah kami dengan rumah wa dipisahkan oleh parit kecil dan laluan menggunakan titi 4 kaki kali 2 kaki, kadang kadang dihanyutkan air dimusim tengkujuh. Di musim hujan melalui tingkap bilik tidur kami nampak ikan haruan, keli dan sepat dan bergegas turun untuk tangkap. masa itu, ikan darat tak laku dijual, kerana orang kampong tangkap ikan sendiri denga cara mengail (pakai buloh telor/cina), menjala, serkap dan memukat. Bila musim hampir kemarau guna pelompat, bubu, dan akhir sekali menimba sawah yang dalam.
 Berbalik kepada rumah pusaka, setelah ayah menukar haluan kepada perniagaan kain dipekan sehari kecuali hari Jumaat. Hasil jualan kain membolehkan ayah mengubahsuai bahagian dapur bawah dengn menempatkan kedai runcit, bilik makan,dapur dan juga tandas di dalam rumah. Seingat aku, tandas masih kanakkanak bersekolah (darjah 3) semuanya di belukar, pokok kelapa dan sebelah kawasan pokok nipah. Sebelum diperkenalkan tandas curah, tandas mengunakan tiang berdinding daun kelapa kering menjadi pelindung dan najis akan jatuh di bawah, najis akan hilang dimakan binatang. Setelah hampir bertahun, tandas berdinding papan, beratap zink dan berpintu guni di gunakan. Air paip mula diperkenalkan ke kampong dan bermulalah era tandas mencakung di dalam rumah itupun di bahgian paling belakang. Isu najis dan tak boleh ambil air sembahyang daripada paip menyebabkan hampir semua rumah mempunyai telaga, dan seterusnya diganti dengan kolah air berukuran 6 kai kai 4 kaki atau pun tempayan besar atau guri untuk mandi dan kegunaan harian. Masih aku ingat setiap tangga diberanda akan ada guri dengan tempurong untuk membasuh kaki. Selipar jepun juga menjadi pakaian harian bagi kanak-kanak manakala yang tua masih berkaki ayam. Kasut sekolah berjenama BATA, Fung Keong mula diperkenalkan dan ada juga kasut plastik dijual. Bag sekolah jenis sandang dan galas. kami kesekolah berjalan kaki, dan kadangkala dihantar oleh ayah dengan basikal berpalang jenama Axe, Raleigh. Aku belajar naik basikal dengan memgang batang dan mengayugh dicelah kerana kalau atas palang kaki tak sampai. Dolu-dolu kalau tak luka lutut, siku dan muka tak sah dan tak boleh naik basikal. Tahun 1975/76 baru bekalan elektrik dimasukan.
            Rumah pusaka meliputi  dapur, rumah asal (tengah) dan anjung telah kekal pada tahun 60an hinga 70an. Apabila perniagaan kain meningkat maju, ayah dan ibu terpaksa keluar berniaga setiap hari dan apabila rumah baru dirancang untuk dibina mengantikan anjung dan dapor. Ada kalanya ayah berniaga sampai ke Grik, Baling, Sg Petani, Sik, Jeniang. Wakut itu jalan ke Sik dan Baling serta Kroh sempit, berliku-liku dan masih lagi kawasan hitam. Ayah menukar kereta daripada Morris Minor, Fiat wagon, Van Volkswagen dan akir sekali Mazda 808 wagon. Kenderaan (Mazda) ini ayah dan ibu terlibat kemalangan jalan raya 2 minggu sebelum menunaikan haji di Bt 9 hadapan Kilang Kiat. Waktu itu aku, cuti hujung minggu semasa mengikuti kursus MTO di SEK KP pada tahun 1986.
             Rumah baru bahagian anjung mengunakan tiang rumah anjung dan ditukar bahagian bumbung, dan dinding. Waktu itu, rumah ayah adalah yang paling cantik dan besar. Semuanya mnegambil masa hampir 2 tahun untuk siap sepenuhnya. Rumah anjung dan asal bertiang dan semua barang jualan yang dibungkus dengan kotak buah epal akan disimpan di hadapan bilik. Hampir 8 kotak. Setaip pagi aku akan bantu ayah dan Paksu Li memungah ke dalam kereta. Setelah rumah siap, ayah membuat binaan bawah rumah dan terus mengusahakan sawah padi sepenuhnya. Perniagaan kain merosot kerana sudah banyak gedung jualan kain tumbuh seperti cendawan dan orang dikawasan pendalaman juga sudah beralih ke emporium dan kedai runcit di bandar berhampiran. Ayah sedikit demi sedikit mengubahsuai rumah dengan menganti simen kepada tile, manakala di bahagian atas terbiar kosong apabila semua anak berkahwin dan tinggal berasingan. Sewaktu aku masih di dalam kelas peralihan hingga tamat tingkatan 5, kami tinggal 6 beranak dan bersama pembantu rumah. Tahun 1976, ayah Tok Siah, Pak Su Li dan Mak Su Yah (meninggal) duduk di bawah jagaan ayah. Ini semua di atas rezeki jualan kain di pasar sehari dan sawah padi. Setelah kakak berkahwin tahun 1978, aku ke RMC, Pak Su masuk tentera dan Mak Su berkahwin rumah di diami adik Ana, Tan dan Tok Siah. Rumah tersebut terus dihuni oleh ayah, mak dan Tok Siah sahaja. Krisis tahun 1990 dan Tok Siah sakit menyebabkan rumah tersebut terus tinggal didiami yah dan emak.  Setelah krisis selesai dan ayaha dan emak kembali tinggal berdua setelah adik Tan turut berpindah kerumah sendiri. Aku masih ingat pada tahun 2002, ayah jatuh sakit dan hampir 3 bulan kembali pulih, ayah mengadakan majlis doa selamat utk kakak dan abang Din menunaikan haji dan aku akan bertukar ke Sarawak. Pada bulan Feb 2003 ayah kembali kerahmatullah. Al Fatihah......bersambung.... 

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive