Wednesday 16 March 2016

SAMB.... RUMAH PUSAKA

Rumah terus diubahsuai oleh ayah mengikut kemampuan selapas anak-anak semuanya berkeluarga, kalu balik bercuti kami sekeluarga akan menginap dirumah lama dan masing-masing lebih suka tidur di tingkat bawah. Bahagian belakang telah ditambak tanah merah sedikit demi sedikit dan tiada lagi pokok nipah, pokok buloh duri dan boleh keluar masuk ke sawah. Ayah juga membuat kolam ikan seingat aku kami korek lebih kurang15 kaki lebar dan panjang hampir 40 kaki untuk bela ikan haran, keli dan talapia. Kami korek dengan cangkul pada tahun 1977 dan selepas aku merantau kolam ditimbus kembali kerana ikan habis dimakan biawak. Kawasan rumah juga ditanam pokok sebatang dua mengandungi rambutan, pelam harum manis, cempedak madu, pokok sukun, pokok buah kerdas, daun palas dll.  Pokok kelapa juga tidak pernah putus dan pokok buah keriang juga sentiasa berbuah lebat apabila tiba musim berbuah. masih ingat pokok rambai sebaatang dan pokok cermai menjadi tempat aku berlatih memanjat sejak umur darjah 3 hingga ke tingkatkan 3.------- 

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive