Wednesday 2 November 2016

AKTIVITI BAKAT-GABUNGAN

Hampir dua bulan isteri sibuk dengan persiapan bermula dengan buat beg untuk pamiran dan 2 minggu terakhir persiapan bunga telur dan membantu persiapan untuk penyertaan BAKAT Gabungan di dalam pertandingan dan juga meraikan Raja Permaisuri Agong di Dewan Perkasa Wisma Perwiara ATM. Persiapan juga melibatkan masa dan melaksanakan tugas harian. Ada masanya didapati begitu kyususk dengan persiapan dan kadangkala terpaksa dirungkai balik sulaman/ayaman agar nampak lebih kemas dan mematuhi piwaian. Dlm 2 minggu terakhir waktu petang berulangalik ke rumah BAKAT ATM untuk menyiapkan tugasan. Hari pamiran pada 12 Nov 16, persiapan lebih rancak dari pagi hingga ke petang dan 2 hari dapur ditutup kerana menumpukan perhatian kepada tugasan. Semua tugasan disiapkan kerana minat dan juga pengalaman dahulu serta penglibatan rakan-rakan yang saling membantu. Kebaikan kepada majlis ini ialah pengenalan antara rakan dan antara perkhidmatan lebih mesra dan ditambah mendapat ilmu, mengenali rakan serta kelemahan dan kekuatan kenalan. Apapun semuanya berjalan seperti dirancang. Tahniah buat isteri dan yang membantu secara langsung dan tidak langsung


No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive