Saturday 31 December 2016

PEMERIKSAAN STROK MAK DI KLINIK PAUH


           22 Dis 16. Berita mengenai kepakaran Dr Muthu Veerappan MBBS (Mysore) India telah mengamit aku untuk membawa emak berubat. kesempatan bercuti tahun. Selepas ke Beseri aku singgah di pekan Pauh untuk melihat sendiri klinik & Surgeri Sedhu Ram. Setelah mendapat maklumat serba sedikit dan tatacara pendaftaran aku berbincang untuk menghantar emak ke klinik pada 22 Dis 16. Seperti dirancang, adik pergi awal ke Klinik bagi mendapatkan nombor dan mendaftar kemasukan sebelum jam 1730 dan rawatan dengan Dr hanya pada jam 1900. Adik Tan walaupun sakit gout kaki kiri dengan isteri berjaya mendapat nombor 14. Aku dan Emee bergerak dan sampai ke Changlun jam 1845 dan meneruskan perjalanan ke Masjid Pauh untuk solat Magrib. Setibanya di masjid aku meletak kenderaan di pintu luar dan semasa membawa keluar terdengar bunyi dentuman kemalangan motosikal dengan kereta disimpang ….Aduh – (dalam hati berdetik Allahhuakbar orang sibuk berurusan di masjid masih ramai umat islam di pasar malam dan kemalangan juga melibatkan penungang melayu islam dengan wanita Tiounhua 30 an) keluhan mangsa di atas jalan .. awat keluaq lagu tu… tak tak bagi signal..adui sambil memegang kaki. Aku tidak kesampaian menolong kerana terpaksa menguruskan ibu yang berkerusi roda dan kami ke ruang solat selepas mengambil wuduk ibu. Alhamdullillah, adik ipar Khairah keluar membantu membawa ibu ke ruang solat wanita dan aku menuju ke ruang solat lelaki.

            Selesai solat aku bertemu adik bagi mendapatkan kertas pendaftaran dan beredar ke klinik hampir 100 meter daripada masjid. Setelah menunggu hampir 1 jam, nama ibu dipanggil masuk dan suasana di bilik Dr kurang terurus dan hampir kesemua rawatan dan urusan dibuat oleh Dr sendiri dan hanya dibantu oleh staf untuk memanggil pesakit. Dalam satu masa 5 pesakit masuk di ruang rawatan dan pastinya tiada privasi kerana semua pesakit mendengar bualan antara Dr dan pesakit. Selepas di dianogsi, beliau melakarkan gambar dan memaklumkan punca penyakit ibu. Dr dengan bangganya memaklumkan kalau datang awal akan cepat baik bukan 2 tahun dan beliau amat yakin ibu akan kembali sihat dalam masa 2 minggu selepas pengambilan ubat dan buat fisoterapi. Ubatan Dr sediaada hendaklah diteruskan dan dibekalkan dengan 2 untuk pagi dan 4 untuk malam hari. Tepat jam 0930 aku bergerak balik ke AS setelah menjelaskan bayaran RM 160.00 bagi rawatan/ubat dan selepas 2 bulan habis ubat buat ulangan semula. Prosedur yang sama kena ambil nombor, daftar dan tungguuuu…….



           

2 comments:

Anuwar said...

Salam tuan.. nak tanya bagaimana dgn ibu yg telah mendapat rawatan dari Dr Sedhu ni. Boleh berkongsi dengan saya sbb ibu saya stroke sudah 9 bulan. Terima kasih utk penjelasan tuan. Anuwar Ahmad Ipoh.

microglia said...

Ya, tuan. Bagaimana?

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive