Thursday 26 January 2017

LA TAHZAN .....DOA & HIKMAH

      Allahuakbar...berbagai dugaan dan halangan. Semua dapat dipermudahkan jika beristifar, tenang dan berusaha mengatasinya. Tiada yang dapat mengatasi qada dan qadar Allah. Ada kala doa dimakbulkan segera dan ada yang lambat dan tidak dapat. Semuanya urusan Allah dan Allah maha mengetahui disetiap apa yang berlaku. Manusia tidak mampu mengetahui masa hadapan dan sukar mengingati perkara silam kecuali jika menjadi titik hitam, phobia atau truma. Sebagai penjaga, wali dan ibubapa beberapa perkara perlu dibuat untuk anak-anak; Pertama menjaga Akidah, menjaga ibadah, menjaga akkhlak. Akidah adalah perkara yang perlu dibekalkan sejak kecil dan pasti diajar selepas baligh agar menjadi asas pegangan agama. Keduanya ibadah dimana setiap suruhan wajib perlu dilaksnanakan, sunat juga diutamakan, harus dipatuhi/ditinggalkan dan yang haram menjadi sempadan dan ditinggalkan. Setelah keduanya lengkap didikan Akhlak perlu diperkemaskan dan diterangkan agar tidak tergelincir daripada landasan Akidah dan ibadah. Sebagai penjaga tugas menerangkan dan menjadi contoh perlu dilaksanakan. Anak-anak perlu diberitahu bahawa Solat itu mengajar manusia-mematuhi dan pengurusan masa, matlamat, kebersihan, akurjanji, patuhi arahan agar mempunyai akhlak. Begitu juga puasa mengajarkan kita kepada intergriti diri, patuhi masa, mengenal erti kesusahan/kelaparan, bersedekah. Begitulah apa jua yang diarahkan ada mempunyai hikmahnya.
              Akhirnya prasangka dan doa termakbul walaupun agar lama, Allah memberi petunjuk setelah hampir sekian lama memantau.........surat PG, umpilan, kad serta pemerhatian dipaparkan. siasatan dan teknik diplomasi digunakan bagi mencari kekusutan. Aib dan kesengasaraan, kesedihan dan sangka baik diguna sepenuhnya bagi mendapat maklumat, sebab dab mussibat. ...........

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive