Kronologi dan Kembalinya ibu ke Rahmatullah Tanggal 24 Mac 17
24 Feb 17, adik hantar ibu ke KL akibat jatuh dan dahinya bengkak. Aku minta ibu dibawa ke rumah kerana keadaan kesihatan makin uzur dan ambil bibik yg baru 2 hari dirumahku. Bibik Nana telah diambil pada 22 Mac dgn bayaran RM 6 ribu levi dan gaji RM 800.00 sebulan. Isteri menunjukajar bibik untuk uruskan ibu dan membantu kerja kerja ringan di rumah. Setelah hampir seminggu ibu dibawah jagaan bibik. Pada 6 Mac, keadaan ibu agar semakin menurun dan tidak dapat berjalan dan makan seperti biasa. Pada 7 hb, aku membatalkan temujanji fisiodan terus membawa ibu ke hospl kerana mlm itu beliau tidak mampu makan sendiri dan menunjukan tanda tanda hypho serta disyaki serangan minor stroke. Ibu terus dibawa ke Bhg Kecemasan 94 HAT TM. Ibu terus diperiksa dan buat pemeriksaan darah, scan kepala dan x ray dada. Ibu terpaksa di pindah kewad pada ptg setelah disahkan ada minor stroke baru dapat dikesan dan terpaksa diberi makan melalui tiub (soft food). Ibu dirawat sehingga 15 Mac. Aku memohon membawa balik ibu setelah berbincang dgn Dr Syed dan bercadang membawa ibu balik ke Kedah pada hari Jumaat 17 Mac. Aku, Hassriee dan bibik bertolak jam 0930 dan sampai Kedah, Alor Star jam 1315. Setelah bawa masuk rumah adik, aku sempat Solat Jumaat di Madjid Bagan Pinang. Setelah memberi tunjuk ajar dan berbincang dgan adik beradik, aku bergerak balik ke KL, Nilai dan meneruskan perjalanan ke Pagoh untuk melawat anak dan cucu. Hari Rabu aku bekerja dan aku mendapat maklumat abang ipar pula di masukan ke Hospl Ampang akibat sesak nafas. Aku dan isteri ke hospl Ampang Putri, dan bergegas ke Hospl Gleaeagles. Selama 3 hari di Gleaneagles dan kos yang tinggi abag ditukarkan ke IJN. Mlm Jumaat kami ke KB dan bercadang lmelawat beliau dan selepas itu merancang untuk balik ke kedah Setelah makan malam di KB, jam 2130 mlm adik memaklumkan keadaan ibu semakin merosot dan mencadangkan kami membuat persiapan balik. Jam 2230 mlm maklumat diterima daripada adik bahawa ibu telah kembali keRahmatullah. Mlm itu aku bergegas balik kerumah, terus ambil Huda di Nilai jam 12 mlm dan sampai Kedah jam 0500 pagi. Persiapan pengkebumian telah siap dibuat, ibu dimandi jam 1000 pagi dan disolat jenazah jam 1100 pagi di Masjid Bt 9 KSS. Kami balik ke KL pada hari ke 4 dan seterusnya mengadakan Tahlil arwah di Surau Lukman KPTOJ serta doa sekamat Angah yg selamat menjalani pintasan jantung pada 30 Apr 17 serta pertunangan Nisha pada hari Sabtu 1 Apr 17. Pada hari Khamis kami bergegas ke Teluk Kapas PK Utara untuk jelaskan bayaran bibik dan seterusnaya melawat cucu demam campak di Klang. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat seperti dirancangkan. Terkini Angah telah discharged drp IJN pada 5 Apr 17 dn perlu menjelaskan sebanyak RM 9 ribu drp 30 ribu perbelanjaan. Manakala bayaran bil Gleaneagles mencecah RM 7 ribu telah dibuat melalui tuntutan insuran. Majikan juga telah menyelesaikan bayaran rawatan di IJN.
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment