Tuesday 7 August 2018

KENANGAN DIPASUKAN PARA BRIGED

           Reunion pegawai 10 KPD Para yang ditubuhkan pada Jan 1993 dan dirasmikan pada 1994 apabila penubuhan 10 bgd para di Langkawi oleh YAB Tun Mahathir PM ke 4. Penubuhan bermula pada tahun 1992, apabila pasukan 10 Bgd dan Task Force dipindah dan beroperasi di kem Terendak Melaka. Mk 10 Bgd ,10 Skn Semboyan dan 10 Pl Bekalan di Kroh serta 10 Komp Angkut KPD di Sungai Petani digerakan ke kem Terendak Melaka pada bulan Dis 1992. Pasukan Infantri sedia ada di Melaka iaitu 10 RAMD, 17 RAMD dan 8 RRD, 10 Skn Jutra dan 10 Skn Semboyan di Rej Semboyan 3 Div. Pasukan yang kekal diluar Melaka ialah 10 Komp Wksp di ipoh, Skn 11 Armor di Sg Buloh dan 1 x Komp 14 Mechanise di Kluang Johor. Semasa perpindahan awal 10 Komp KPD ditempatkan di garaj Komp 14 Mechanise dan pasukan hanya mempunyai 1 bangunan pejabat yang menempatkan Pej OC, MTO/AO, KSM, Pej Tadbir/Kerani dan Stor Senjata. Manakala pejabat lain terdiri drp Platun ditempatkan di bawah garaj dan sebahagian besar kenderaan di letakan di padang tanah merah dan padang kawad.  Pelbagai cabaran dan dugaan sebagai Peg Pem dengan permasalahan keanggotaan, peralatan dan logistik. 




No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive