Thursday 29 August 2019

ADUH...TINGKAP KIRI HDPN KENA PECAH &KEMATIAN

Tahun 2019, sudah 3 kematian ahli khariah Al Haqq. Bulan Mac Arwah Khairul dikebumikan di Parit Botak, Bt Pahat, Bulan Jul, kakak ipar Bang Shamsudin dikebumikan di Sg Besar, 29 Ogos Muhamad Abdul Ghani dikebumikan di Jln Kebun. ADUH..selepas melawat anak abang Hamdani di wad Tkt 8,  wad 18A katil 14 yg menderita sakit ketumbuhan dikepala sejak 2 tahun lepas dan menderita di perbaringan sehingga tinggal tulang diakhir hayat. Hampir 4 bulan di HKL dan terlantar di katil dan makan melalui tiub sejak Mei. Saat sedih bila Abang Hamsani datang ziarah dirumah selepas keluar hospl, dibelinya kek dan disedekahkan RM2xx. 28 Ogos, selepas sAsar aku dan isteri ke zon kuning HTAR, tetapi telah dipindahkan ke wad 8A. Diakhir ziarah aku membaca Al Fatihah dan singgah solat Mahgrib di MJAR berhdpn HTAR. Sepasang solat, sekembali ke kereta, didapati cermin penumpang hdn kiri dipecahkan dan beg tangan isteri hilang. Waduh....istighfar dan buat laporan kepada pengurusan masjid  dan seterusnya ke BP Klang Selatan. Jam 11 mlm baru sampai rumah. Malam tu, hp juga kehabisan bateri dan setelah dibuka wasiat terima kematian anak abang Hamdani kembali kerahmatullah. Selepas solat Isyak aku bergegas dan jenazah sampai ke rumah dan menyertai tahlil ringkas. Jenazah telah selamat dikebumikan di Jalan Kebun dan majlis diselesaikan jam 1100 pagi. Semoga arwah diletakkan bersama orang2 yg soleh. Kejadian pecah tingkap kereta dan kehilangan barang menjadikan aku lebih berhati 2 dan mensyukuri nikmat Allah selama ni, dan sedikit musibah membuat kerja tak menentu.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive