Thursday 16 January 2020

HEMAROIDS/PILES/BUASIR 16 JAN 2020

Allahuakbar, Subhanaallah  ciptaan yg yg tida setanding. Penciptaan manusia dgn pelbagai jutaan nikmat pada tubuh badan Allah jadikan. Sejak dari segumpal darah menjadi janin dan membesar sehingga 56 tahun telah Allah beri rahmat dan nikmat seorang insan. Semalam salah satu nikmat kumbahan melalui perut,  usus besar, kecil dan rectum.  Selama ini Allah beri kenikmatan melalui sistem kumbahan kadangkala kesakitan juga atas nikmatNya supaya kita semua tahu Allah yg mengawal kita. Setiap kesakitan byk hikmahnya,  terutamanya petunjuk/ simtom bagi penyakit yg akan dihadapi masa depan. Tetapi ramai tidak sedar,  begitu juga pada zahirnya dalam kehidupan harian. MashaAllah,  betapa besarnya nikmatMu YaAllah. Tanggal 12 jan 2020, sakit perut,  cirit birit,  pening,  muntah dan cramp kaki adalah susulan kepada hemaroid tahap 4. Seblum ini ianya ditahap 3..mungkin lanjutan darpada melahirkan 4 anak,  pemakanan dan cara hidup menyebabkan diusia emas ianya menjadi lebih parah. Tanggal 13 ubat di farmasi diberi,  pelbagai herba dan jumpa doktor (Barakah)! Tak mengecut juga.. Kesakitan mwmuncak dn dibawa ke Avisenna Specialist Hospital Shah Alam untuk rawatan pakar jam 1400.Dr Ragu Ramasamy 45 thn memberikan penerangan stage 4 prolapse hemaroid.  Selepas dicadangkan pembedahan membuang satu drp 3 cabang sistem kemutan rectum... Sebelum dibuat Dr akan buat skop bhg rectum untuk memastikan tiad lain maslh.  Setwrusnya prises kemasukan... Jam 1700 selepas di Admission/discharged room dimasukan ke Wad Baiduri Tkt 3 bilik 325. Operasi bedah dijangka jam 2000, tetapi dimasukan jam 2020 dan selepas 2 jam mjam 2230 selesai operation.  Alhamdulillah semunya berjalan dgn baik Anak dari Gemas,  Klang dan Gemas turut sampai, dan yg tidak dapat hadir kerana bertugas diringi doa. Manakala rakan2 membwri motivasi dan doa dan Alhamdulillah bacaan Yassin dan solat Hajat dilaksanakna di Surau Al Haqq. Org pertama yg datang ziarah selepas masuk ward Abang Ishak dan Kak Midah. Alhamdulillah,  terima kasih kpd adik long yati yg rekomen insuran PRU BSN yg kami beli tajun 2009 RM 250.00 dan pada tahun 2015 dinaikkan ke 256.00. Sykuran telah digunapkaai kali pertama. Katil satu bilik RM 155.00 insure RM 100.00.Terima kasih semua.















No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive