Saturday 9 May 2020

BERPUASA DLM MASA PKP, PKPB HARI KE 16 RAMADHAN

Disebalik penutupan surau dan pergerakan terkawal.. Ramai dukunya makmum skrg dah naik taraf jadi Imam tapi makmumnya 2 ke 3 org. Jam 2130 siap Terawih.  Puasa kali ini ramai jadi penjual,  tukang jual dengan pesanan online wassup. Ada yg buat penghantaran ke pintu, dilokasi ditetapkan atau pandu lalu.  Berkat bermulanya jualan gerai dan ini tidak janggal bagi penduduk islam Taman Sentosa kerana sudah mempraktikan tatacara pesanan wassup Rakan Taman Sentosa.  Ada yg jual lemang,  rendang,  sup utara, nasi arab,  kueh mueh,  ayam,  tokayaki,  burger,  roti john,  dll makanan dan minuman.  Hari ini 9 Mei 2020..surau mengadakan pungutan zakat fitrah oleh Bilal Saad dan InshaAllah diteruskan pada wsok 10 Mei.  Terima kasih kpd adik Daniah menyumbang tenaga mengambil suhu pembayar zakat. Edaran bubur lambuk dari masjid Barakah diad


























akan pada hari Rabu dan Sabtu setiap minggu.  Manakala diminggu akhir Ramadhan yg biasa diakhiri dengan Majlis Khatam Al Quran tidak lagi dilaksanakan.  Walau apapun penyampaian sumbangan kpd yg kurang mampu spt asnaf,  oku,  ibu tunggal dan warga emas akan diteruskan pada 21 Mei 2020.  Alhamdulillah juga juadah bernuka juga murah rezeki dan melebihi keperluan dan diedarkan kpd shaabat dan jiran tetangga. Semoga mendapat ganjaran dan pahala sewajarnya.  InshaAllah. Wslm

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive