Tuesday 23 February 2021

SAKIT MUSCLE/OTOT ATAS PERUT KANAN.

MashaAllah Allah beri sedikit sakit, Sukar untuk bernafas dan bila malam tidak boleh tidur, gerak sakit, bangun sakit, mengiring sakit. Sukar digambarkan.......2 mlm berturut....Jumpa Dr Sentosa Specialist Centre ... Tiada tanda batu karang di buah pinggang. Ujian air kencing terdapat traces of blood & bacteria infection in urine. Diberi ubat kurang bengkak & kurang radang pada otot, garam dan antibiotic. 5 hari juga sengsara.......Allah beri sikit mengeluh banyak...SubhanaLLah semoga dikurangkan dosa-dosa ku Ya Allah. Sakit biasanya di malam semasa hendak tidur dan hingga ke Subuh.. Awal pagi tiada sakit...petang mula terasa....digosok Yoko-Yoko, balm, vicks, salonpas... semua tidak berkesan....Last terpaksa telan Penadol.......Alhamdulllilah setelah hampir 2 minggu beransur pulih. Bila melakukan kerja-kerja mengangkat barangan berat, turun naik tangga dan banyak berjalan...bila malam akan terasa sakit....Waktu sakit...nak bersendawa pun takut, apatah lagi batuk, menguap dan menoleh kekanan. Terpaksa solat duduk untuk beberapa waktu....tetapi tetap digagahi juga seperti biasa....Mengikut rekod sebelum bersara 2015---mula kena ACL, selepas bersara cirit birit yang teruk selama 2 hari terpaksa admitted dihospital 3 hari/2mlm. Ubat kencing manis mula diambil dan frozen shoulder dan sakit mata hampir setahun...terus menggunakan artificial eyesdrop. Sekarang bila buat kerja kena pakai cermin mata, sarung tangan dan penutup habuk....Kaki juga mula kebas, gout mula teras tapi masih dlm kawalan dan terpaksa menyarung stokin bila tidur malam..... So kena buat aktiviti2 yang diminati, amal jariah, bersedekah, baca alquran dan solat2 sunnat....Semoga Allah memanjang dan menyihat serta memberi ruang dan hidayah untuk terus beribadah kepadanya.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive