Sunday 18 April 2021

PEMBURUAN CHE TI SEBELUM RAMADHAN


 ALHHUAKBAR, SubhanaAllah, Masha Allah...makluk kecil berkaki 4, berekor pjg dan bermuncung serta bermisai...terkenal dgn nama che Ti/kak Ti, Abg Tii dan sebagainya. Masalah menjadi-jadi melepas di dalam dan atas oven ruang belakang sampai menyebabkan kebakaran kecil. Mula dikesan memasuki ruang dapur sejak awal Apr, di dalam stor simpanan makanan dan peralatan memasak serta rak kabinet bawah. Bau kencing dan badan semakin kuat. Mak Cik dah mula bising akan bahaya kencing tikus dan juga masalah kesihatan apabila dikesan Che Ti mula mengigit dan menabur najis dan baunya. Permulaannya diberi jamuan pil dan air tidak nampak kesanya dan semakin mencabar. Di pasang perangkap jaring...syukur seekor di bahagian luar masuk perangkap....sehari sebelum puasa, Mak Cik dah mula geledah stor, kabinet dan kotak-kotak dan dijumpai kesan najis dan bau semakin kuat. Habis dipunggah stor dan barang2 dilonggokan di atas meja dan mana2 yang terdedah dicuci bersih, namun kelibat che Ti x juga muncul walaupun diberi jamuan. Hari ke 2 dan ke 3 akhirnya hari ke 3 12/4 dapat dikesan Che Ti berada dalam Kabinet baru. Usaha mengejar dibuat namun terlepas dan tak dapat dikesan. Selepas solat Tarawih, jam 1130 malam Che Ti yang terlepas terus dibongkah dalam rak kabinet akhir dapat dikesan dan dikejar namun dapat meloloskan dan terus hilang. Jam 1230 malam, sekalilagi suspek dikesan di dalam kabinet yang sama. Sanee dan Emee yg sedang tidur dikejutkan untuk membut toperasi sesudah terawih, bekalkan batang penyapu...che Ti di ruang tamu digempur...dikejar, dipijak namun masih mampu meloloskan diri dari pandangan. Saat digempur ianya meloloskan diri dan lari ke bhg dapor namun tidak dapat dikesan kedudukanya. Di periksa sekalilagi che Ti masih di kawasan dapur dan tidak disyaki akan masuk k edalam keabinet. Selepas bertungkus lumus....Che Ti lari masuk dalam perangkap. Gam Tikus tidak berkesan untuk menangkap tikus. Malam jam 2 pagi dibunuh......Di amabang Ramadhan 2 ekor Che Ti dibunuh, manakala seekor lagi selepas kembali daripada Segamat. Perangkap juga terus di pasang bahagian luar dan terperangkap seekor lagi dan mati dalam tahanan perangkap. aDUH...HIKMAHNYA SECARA TAK LANGSUNG, ialah kerjasama anak beranak mengejar seekor musuh, mengemas, mengemob, membilas kabinet, habuk, sesawang dibelakang kabinet, peti sejuk, freezer, sususn atur stor dan membasuh pinggan mabgkuk di dalam kabinet......Semoga Allah mengampun kami yang membunuh binatang yg sememang membawa penyakit dan bau busk.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive