Wednesday 26 May 2021

RAWATAN ULANGAN OTHO ISTERI DI HAT MIZAN dan MANGGA HARUM MANIS PERLIS


Alhamdullillah...semas perjalanna balik ke rumah selepaa solat Zohor...terim apanggilan drp Pos Laju untuk terimaan kotak berisi buah pelam..yg dikirim oleh Besan dari Beseri Perlis..terim akasih.. Cik Gu x perlu lupa bagi buah tangan..Mangga Harum Manis...

k

 25 Mei, tarikh temujanji dan ianya juga bermulanya penguatkuasaan PKP 3.0 merentas negeri. Jam 0900 bergerak ke KL melalui Bkt Naga-Kesas Hhwy-Bukit Jalil-Max Hhwy-Setaiwangsa-Wangsa Maju ke Hospl ATM. Jam 1030 sampai dan temujanji jam 1100 pagi. Seperti biasa SOP, kena Q up dulu, lepas beberapa minit masuk ruang menunggu dan hanya bilangan yang kecil dibenar diruang panggilan jumpa Dr. Aku masuk untuk mengabil ubat, slip ubat Vet diperolehi dan senarai menunggu 16 orang, lantas ke Farmasi dulu bagi mendapatkan ubatan lain yang diperlukan pada 1/6 dan 16/6...kali ini walaupun agak jauh tarikhnya--aku merayu agar diberikan atas alasan jauh--dan sekatan Covid..Alhamdullillah semua ubta dapat diambil kecuali aku menolat ubat Nsanox dan Xyzal kerana masih banyak stok belum digunakan dan masa temujanji Dr ORL pada bulan Jul. Habis ambil ubat isteri masih diruang pendaftaran dan tidak dibenarkan masuk kerana masih ramai menunggu. Staf ada membuat kawalan dan melepaskan beberapa pesakit sahaja apabila beberapa pesakit selesai temujanji. Jm 1230 aku ke parking lot menunggu dalam kereta kerana diluar terdedah dengan virus dan mata juga dah mengantuk. Hari ini dan semalam terasa lemah badan dan tekak perit dan perlu minum air.... jam 1400 baru isteri selesai dan kami ke NSK Wangsa Maju untuk membeli barangan dapur. Selesai bergegas balik dan Solat Zohor jam 1500 di RnR Awan Besar. Selesai solat ke gerai membeli makanan nasi bungkus aayam berempah. Semasa membeli makanan POS Laju memaklumkan ada parcel perlu diambil buah mangga harummanis daripad Cik Gu Abdul Rahman Besan dari Beseri Perlis. Bertolak balik ke klang dan sampai jam 4 ptg....badan terasa letih, lemah dan mual. Risau juga virus...Seba itu, kami batalkan hajat nak ziarah anak, menantu dan cucu dan juga sahabat di Setapak dan diSetiawangsa lagipun MCO PKP 3.0 dah mula dikuatkuasakan. 

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive