Monday 5 July 2021

KELESUAN SELEPAS VAKSIN..BINGKAS BANGUN SIHAT DENGAN TOKOK TAMBAH ALMARI BAJU


























 Vaksin kali kedua 2 Jul no 8018....24 jam pertama Ok lagi, hari kedua masih Ok-rasa-rasa seram sejuk dan malas tapi masih ok tiada sakit bahu bhg suntikan, masuk ke 3 pagi, hajat beli rasa kerabu..bila baca wasup ada kematian dan perlu diuruskan disurau. Terbantut nasi kerabu lantas beli nasi lemak di depan Speed 99 jalan Raja Nong. Balik rumah nasi pulak tiada sambal nasi lemak syukur juga beli sambal sotong dan rendang ayam. Selesai minum pagi ke surau menguruskan tempat mandian dan juga persiapan tempat. Bantuan dari Siak Razali dan Sdra Zamri membantu mengeluarka dan menyiapkan tempat mandian jenazah. Sementar Puan Romi dan raakan dan dibantu Kak Limah menyediakan tempat untuk kapan jenazah. Ruang musafir muslimah yang disedikan sesuai diletakan meja dan dijadikan tempat kafan tanpa perlu membongkok dan tidak menggunakan ruang solat surau.

Jenazah lewat dijangka jam 1000 pagi tetapi disebabkan ada halangan ianya sampai jam 1240 tengahari. Selepas solat Zohor dieteruskan dengan solat jenazah arwah Bedah@ Siti Fatimah Ibrahim Jalan DYS 12. Selepas jenazah diselesaikan, kerja mengemas dibuat dengan Siak sehingga jam 1415 ptg. 

Ptg selepas Asar ke Cottage Bakery beli ayam Panggang dan bread wholemeal untuk makan malam. Bada mula rasa kepenatan dan juga sebab vaksin. Malam tidak dapat hadir ke surau bagi bacaan Yasin dan Tahlil arwah.

Selepas Isyak,,,, Tidur, sedar jam 4...solat tahajud/witir...sambung...Subuh dah hampir tamat... keletihan tidur lagi....Jam 1145 ke surau beri makan kucing dan kemas sangkar, ke Ecoshop beli baarangan untuk DIY ubah suai Rak Almari pakaian. Selepas tengaharikena buat kerja...apalagi almari yang dirancang untuk ditambah pengankut baju dan tambah rak dibuat sebelum masuk waktu Zohor dan disambung kembali hingga ke Asar....PKPD rojek   --jika tidak lemau

     


No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive