Saturday, 1 January 2022

18 NOV 21: BANJIR TAMAN SENTOSA

 Awal Pagi 18 Dis 21, air mula naik sejak ptg dan kemunchaknya pada jam 2 ke 5 pagi. Hampir 70 peratus Taman Sentosa, Bandar Puteri, Botanik, GM berhampiran Taman Sentosa naik air sehingga 2 kaki dikawasan rendah. Khabarnya byk kawasan turut dinaiki air mulai 19 Dis di Taman Sri Muda Shah Alam dan Hulu Langat. Surau juga turut terkesan dan air sudah sampai ke pintu solat utama, dan air juga mula meresap ke kawasan ruang Imam dan pejabat surau. Banyak rumah setingkat dimasuki air jam 2 pagi dan air terus bertakung hingga jam 5 ptg. 19hb hujan masih turun. Ada kawasan tidak dinaiki air kerana tanah agak tinggi.  Hari ke 2, air masih bertakung dan kerana byk kawasan di Pelabuhan, pulau Indah, Shah Alam air semakin meningkat. Taman Sri Muda semakin teruk hingga ke paras siling rumah ditepi Sg klang. Banyak jalan2 utama ditutup dan terputus hubungan. 20/12 surau bergotong royong memasak makan tengahari untuk ahli khariah yg terkesan dengan banjir. 21 dan 22/12 Sumbangan drp Yayasan Ikhlas untuk memasak dan membungkus 500pack makan tengahari dan makan malam. Kerosakan surau melibatkan karpet dan almari buku.  Pada 30/12. Kuwait/Malaysian Investment Co telah menyumbang RM 3 ribu kepada surau.

Pertama kali sejak 30 tahun surau dinaiki air. keseluruhan kawasan surau dinaiki air kecuali ruang solat Muslimat dan separuh ruang solat Muslimin. Langkah seterus memastikan dimasa akan datang air tidak lagi masuk dengan meninggikan lantai 4 inci diruang solat muslimin dan meyimen kawasan yang rendah.
































































No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive