Friday, 19 August 2022

MAJLIS AQIQAH AYDEEN AADAMIY & ALEESYA SOFEA PADA 1 MUHARAM 1443H/30 JUN 2022









 Syukur tertunai sudah perkara yang disunnatkan apabila menerima anak yang baru dilahirkan. Sebaiknya selepas diberi nama dan sebulan selepas lahir. Namun ianya bergantung epada kewangan, masa dan kelapangan. Niat yang mulanya dilaksanakan sebelum Ramadhan ditangguhkan. Alhamdullilah 3 ekor kambing diaqiqahkan. Ianya dibeli melali Jelani anak Saluhudin Khan yang juga mengadakan majlis aqiqah anaknya pada hari yang sama. Kambing dibeli dari Banting Selangor RM 1050.00 dan kos penngangkutan RM 50.00. Saludin juga menyembelih, melapah dan memasak kari Kambing (Kerala style). Sumbangan  anak-anak yang terlibat Sai RM 2,600.00 dan Hassriee RM 2,000.00. Tambahan dikeluarkan daripada Atuk dan kerja memasak disediakan oleh mamanya, Ain dan Illah. Dibantu oleh Edin di dalam urusan penyediaan sajian dan peralatan/mengemas pada hari tersebut. Sykur ramai jemputan yang hadir. Sebanyak RM 1,300.00 disumbangkan oleh tetamu dan wang digunakan untuk wakaf surau Al-Haqq. Kenangan yang manis rakan lama, pengajian termasuk (Dato Paduka Rashid dan Ustazah Rehan hadir), saudara mara, besan Pontian Kecil/Serkat dan ahli khariah. Sebanya40 minyak wangi, 40 gelang getah kraf dan 15 x carona ball/sheild disedekahkan kepada tetamu dan anak-anak. Sebanyak 60 biji kueh bakar diedarkan kepada tetamu. Bermula dengan bacaan Yassin, Tahlil ringkas dan selawat menyerikan majlis. Menu disediakan nasi putih, Kari kambing, ayam masak lemak rebung, sup kambing, ulaman dan laksa Johor plus kueh mueh disediakan buat tetamu. Semuanya berjalan seperti dirancang diatas semangat anak-anak yang sumbangan tenaga. Allahuakbar

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive