Friday, 7 March 2025

3 MINGGU PERSEKOLAHAN CUCU.

    Pelbagai gelagat dan peragai bila mula sekolah. Yg Tadika dan Tahun 1 serta masuk sekolah menengah Tkt 1, adalah pengalaman yg paling menarik dan mendebarkan. Kerenah Rich Aadamiy paling menyerlah dan pelbagai tindakan yg ternyata seperti bayangan istimewa. Tingkah laku bertentangan seperti murid normal mula ditunjukan di hari pertama sekolah. Naik kepentas semasa GB beri ucapan, menjerit mungkin pertukaran persekitaran suasana tempat berbanding kelas tadika.

       Hari berikutnya, dan minggu telah nampak ciri-ciri autisme. Suka bersendirian dan ikut kumpulan tapi tidak ikut serta dalam program. Minggu ini dia duduk di atas pentas semasa aktiviti taklimat murid tahun 1 hingga tahun 6. Next Rabu 14/3 jumpa Pakar seperti anjuran sekolah. Sekolah membuat laporan murid. Semua ahli keluarga kena bantu mana yg sewajarnya. 

           Zayyan juga tahun 1, ada kakak dan abang nampak bersemangat tapi mula penat kerana kelas Kafa pagi dan petang sekolah menegah. Cucu Yg sulung juga lebih masa pagi kerana dah tamat Sekolah Kafa tapi sekolah balik 0645 ptg. Mak Lang dia oranglah kerja lebih masa. Untung Zahin dan Aufa kelas kafa dan Tahun 5 satu kelas sama. 

            Cucu di Serkat, Aira masuk Sekolah Pra dan Elyssa belum boleh masuk tadika lagi.. Dijaga Tok Ma pencen guru... 

  Didoakan agar semuanya sihat dan Allah berikan kenikmatan dan berjaya didunia dan diakirat nanti. InshaAllah


No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive