Thursday 8 November 2007

IKHTIAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN

7 Nov 2007 Rabu. Persiapan menghadapi peperiksaan telah diatur dengan pelbagai usaha baik secara individu, berkumpulan atau bersepadu diperingkat sekolah atau masyarakat. Tahun 2007 2 lagi anak akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM dan STPM. SMTSR Simpang Kuala telah mengadakan majlis pada hari ke 20 puasa di masjid Aman. Majlis bacaan Yassin, sembahyang Zohor dan diakhiri dengan sembahyang hajat. SMTSR mengadakan majlis awal kerana sekolah juga mempunyai pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR. Selesai majlis ibubapa disedekahkan buah kurma untuk berbuka puasa dan pelajar mendapat air Yassin.
SMTAS juga telah mengadakan majlis yang sama di surau SMTS pada 7 Nov 2007 kerana ianya hanya melibatkan pelajar Teknik yang akan menduduki Peperiksaan SPM. Majlis dan aturcara yang sama dibuat sebagai usaha agar pelajar mendapat kejayaan cemerlang. Objektif bacaan Yassin adalah seperti berikut:
1) Memohon kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SPM daripada Allah s.w.t.
2) Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM.
3) Mengurangkan rasa tekanan di dalam diri pelajar pada saat menghadapi peperiksaan SPM.
4) Mengeratkan perhubungan pelajar, waris dan guru kearah memohon kejayaan dalam akademik.
Usaha ini begitu ketara semenjak kesedaran islam semakin menebal dikalangan ibubapa kerana setiap sekolah pasti tidak gagal mengadakan majlis sedemikian, tambahan pula ada ibubapa membuat bacaan Yassin dirumah dengan memanggil jiran dan ahli Suarau/masjid, atau pihak kampung/khairah masjid mengadakan dimasjid atas anjuran wakil rakyat atau inisiatif ahli masjid/surau. Kalau tanpa usaha anak-anak walau sebesar mana majlis ianya tidak akan berjaya, majlis yang diadakan ini adalah pelengkap setelah usaha dan ikhtiar dibuat oleh semua pihak dan seterusnya bertawakkal kepada Allah s.w.t. Usaha ini juga dibuat bersama-sama pelajar, PIBG dan pihak guru-guru, diakhir sesi juga ada pihak seklah mengadakan majlis bersama Guru dan pelajar memohon restu dan motivasi terakhir.
Di zaman dulu ibubapa juga berusaha dengan meminta Tok Guru berdoa dan menjampi air penerang hati serta pelbagai kaedah seperti mengurangkan perasaan takut, darah gemuruh semasa pepriksaan. Waktu itu, kepercayaan kepada Tok Guru, orang-orang tertentu dibuat mungkin ibubapa kurang faham kaedah pelajaran anak-anak, tidak yakin dengan ilmu masing-masing ataupun sibuk dengan urusan membanting tulang diladang, sawah atau kelaut/kehutan mencari rezeki. Menjelang tahun 90an dengan adanya pelbagai program motivasi, bina diri di sekolah, siaran media cetak dan elektronik, pihak sekolah dengan PIBG mengadakan hari titian kasih, silaturahim dengan pakar-pakar motivasi di sekolah, dewan atau di masjid. Waktu ini ramai syarikat berunsurkan motivasi, bina diri muncul dengan menawarkan pelbagai program untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan dengan bayaran yang murah dan berpatutan. Disamping itu, pihak kementerian juga menganjurkan program bina diri, bina semangat di awal tahun dan pertengahan tahun agar pelajar lebih terasah minda untuk belajar dengan kuat dan tekun. Program ini masih diteruskan tetapi air penerang hati, jampi dan lain-lain lagi kurang dipraktikankerana ianya lebih kepada usaha oleh empunya diri, ahli keluarga yang terdekat secara langsung atau yang mendampingi murid/pelajar. Kaedah seperti berdoa sebelum belajar, sembahyang hajat, tahajud memohon ampun agar pelajar itu sendiri berjaya. Ini adalah satu kebaikan kerana usaha dan memohon sendiri kepada Allah s.w.t adalah yang terbaik. Ada juga pihak sekolah menjemput bekas pelajar yang berjaya untuk memberi bimbingan, tunjukajar atau menaikan semangat untuk mengejar kejayaan dunia dan akhirat.
Usaha Ibubapa menghantar anak ke pusat Ttisyen juga faktor pemangkin kejayaan kerana ianya usaha berterusan agar anak-anak dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bersepadu dan di dalam kumpulan kecil bagi meningkatkan pemahaman. Belanja untuk kejayaan bukannya murah hari ini, kerana kalau menginginkan kejayaan anak-anak, ibubapa perlulah mengorbankan wang ringgit, jadi terpulanglah kepada ibubapa mana yang terbaik mengikut tahap kewangan dan keutamaan masing-masing. Tabung pendidikan seperti insuran pendidikan, Skim simpanan PTPtn adalah jalan terbaik kepada ibubapa muda untuk menabung kepada anak-anak selepas dilahirkan. Wasalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive