Saturday 3 November 2007

KEBERSIHAN DIRI

Teringat cerita Dato Shanon Ahmad Sastrawan negara mengeluarkan buku novel Shiii.....t. Buku ini menjadi kontrovesi semasa reformasi tahun 1999. Masa tu, buku ini walaupun secara langsung mengenai suasana dan reformasi politik tetapi ianya banyak memberi impak keberanian dan gaya penulisan yang baru. Kiasan mengenai shii..t ini amat meloyakan tetapi jika diperhalusi shii-t ini juga membuat manusia tahu yang busuk, tak guna amat penting di dalam sistem kehidupan. Bayangkanlah jika shii--t menebal dan terlalu lama di dalam saluranya akan menjadi membusuk, dan mendatangkan penyakit seperti sembelit, berak darah, buasir(piles), pening dan mungkin angin busuk. Jika tak keluar berbulan-bulan mungkin menyebabkan kematian. Nikmat yang Allah beri melalui percernaan, kumbahan dan pembuangan air boleh mengawal tubuhbadan dan dapat menjalani kehidupan yang selesa tidak pernah dibayar sesen pun.
Isu shi...it bukannya menjadi persoalanya, tetapi mengingatkan saya soal kebersihan diri dulu kala. Masa masih kecil tahun 60an jamban pusing, jamban gantung, jamban tengek, jamban kambus menjadi pilihan. Rumah kampong dulu tiada jamban dibuat, jamban seperti di atas digunakan baik lelaki atau wanita. Jamban pada waktu itu sesuai kerana kawasan rumah berjauhan, banyak hutan, semak samun, tiada lampu eletrik dan kalau jamban gantung/tenggek tiada kenderaan dijalanraya. Tambahan pulu orang dulu pakai kain pelikat, batik sebagai pakaian harian jadi mudahlah melepas tak kira waktu, ikut mana yang sempat. Air semuanya bersih seperti parit, tali air atau beristinjak gunakan batu, kayu dll yang dibenarkan. Masa tu, belakang rumah tumbuh pokok bemban, nipah, senduduk, kemunting, asam, buah muyu, keriang dot/kecil, yakni semak samun. Tahun 70an kempen kesihatan dan kebersihan mula memasuki kampung-kampung bila kadar buta huruf menurun, kerajaan mula memberi bantuan kok (simen bulat), salur pelastik, kayu dan papan bagi membina tandas. Tetapi sebelum itu, kesedaran mula dibuat oleh penduduk kampong dengan membuat tandas kecil di belakang rumah dengan mengunakan kayu, papan dan guni dan najis dibiarkan jatuh kebumi ajae, lepas itu, jamban mengunakan bahan salur najis plastik, seramik dan najis dilepas masuk ke dalam tanah. Pada tahun 70an juga tandas masih lagi dibina diluar rumah dengan menggunakan simen bulat ditanam di dalam tanah dan air yang bersih dilepaskan keparit atau sungai. Jamban pusing dah berkurangan dan jambantenggek/gantung masih menjadi pilihan orang lama yang tak serasi dengan model jamban baru.
Menjelang akhir tahun 70an dan masuk tahun 80an, jamban/tandas mula lebih menarik, kukuh dengan mengunakan simen, zink, pintu kayu dan berbumbung dibina hampir dengan rumah dan dibina tinggi agar najis dapat dilepas kedalam tankungan dengan lebih mudah, waktu ini dipanggil jamban/tandas jirus. Ada juga menggunakan improvasi seperti salur guna zink, pintu guna guni, plastik tebal, daun nipah sebagai dinding. Masa ini air bersih dalam besi mula masuk kekampong-kampong. Beransur-ansur tandas dilengkapi paip air terus kejamban dan tandas berpam mula menjadi pilihan. Orang kampong masih percaya jamban tidak bagus dibina di dalam rumah sebab najis berpenyakit, rumah berbau busuk dan berbagai lagi tanggapan negatif. Sikap ini terus menjadi amalan generasi lahir tahun 30an hingga 40an dan perubahan ketara apabila jamban/tandas memasuki fasa bersambung dengan rumah bila bekalan eletrik mula masuk kekampong-kampong. Anak-anak yang lahir tahun 50an mula mengenali erti kesihatan dan erti ketamadunan kerana ramai berpelajaran atau mula berhijrah kebandar kerana mendapat pekerjaan. Apabila jenerasi ini balik kekampong,tandas-tandas dan kebersihan tandas mula menjadi perkara utama apabila membina rumah baru/membaiki rumah. Aku masih ingat, bagaimana tandas rumah arwah bapa, datuk, nenek dibuat. Kemodenan dengan keperluan asas air dan eletrik telah menyebabkan tandas dikampong menjalani evolusi dan ianya sama dengan penduduk bandar. Dikampong-kampong sekarang rumah-rumah moden mula menempatkan bilik air/tandas dibilik utama dan tandas kedua/utama dikawasan dapur serta tandas pelawat diluar rumah lengkap dengan air, lampu , sabun dan pam air bertali. Mangkuk mencangkung masih lagi menjadi pilihan orang lama, manakala generasi Y (lahir tahun 80an) dah tak mahu guna dan mahu mangkuk duduk, jamban bertile penuh, ada pewangi dan sabun. Generasi Y kalau tak ada sabun atau tandas kotor pasti sanggup peram shiii..t sampai jumpa tempat selesa.
Buku shii...t Shanon memang betui jika dibaca dan perhalusi dan dijadikan bacaan buku sastera, kerana manusia dan generasiYZ (lahir tahun melinium) akan lebih terbuka membincangkan buku secara ilmiah bukan secara politik sempit, contoh buku Malay Dilemma dulu diharamkan dan sekarang telah dibenarkan sebagai bacaan umum. Kebersihan tandas sekarang menjadi punca pendapatan kepada Indah Water dengan setiap perumahan yang dilengkapi kolam takungan kumbahan bertutup, bersepadu dan bersendirian perlu membayar caj pembentungan kumbahan secara paksa dan yang gagal menjelaskan bayaran tertunggak dipenjarakan. Ini yang sebenarnya Shiii..t penangan dan powernya orang yang menguruskan shiiit..t yang busuk lagi membusukan di atas jenamaan kesihatan dan alam sekitar.
Tidak dapat dinafikan kesihatan amat penting dan ianya membangun seiring dengan illmu dan kemodenan. Manusia masih belum boleh menerima satu hari nanti shii..t boleh dikitar semula dan menjadi air bersih boleh digunakan untuk keperluan harian. Diangkasa International Space Ship (ISS), peluh angkasawan diproses dan boleh digunakan semula. Sekarang belanja untuk kebersihan diri memerlukan sekurangnya RM 50.00 sebulan dan ada yang menjangkau ratusan ringgit jika jenama yang tersohor.
Islam juga mengajar kita sentiasa bersih dengan awal mula mengambil wuduk dengan air mutlak dan ianya terus menjadi kewajiban bagi setiap insan muslim. Kebersihan menggunakan air bersih dari bahan bersih tetap unggul tetapi adakah disatu hari isu kebersihan ini menjadi satu yang baru kerana manusia jenerasi YXZ kalau tidak didedahkan dengan ilmu Islam (air bersuci) seperti cukup sukatan, istilah air mutlak, dll yang berkaitan ilmu tauhid, fekah dll akan menjadi eteng dan isu kebersihan lebih utama dari ilmu islam. Wallahuaklam. Fikir-fikirkan apa apakah akan jadi di masa hadapan.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive