Saturday 13 September 2008

BERBUKA PUASA BERSAMA ADIK-ADIK SEKELUARGA

Semalam lepas berbuka puasa dan dalam perjalanan balik berbuka di rumah bonda, aku menefon adik lelaki (panggilan keluarga,Tan), untuk memaklumkan bayaran insurans dan cuci ToTo, sebab adik buka kedai dobi dan insurans, sambil tu ajak berbuka di rumah esok hari. Beliau kata agak sibuk dan penat. Aku faham beliau saban hari berusaha keras memajukan perniagaan, InsyAllah murah rezeki. Lagi pun kalu nak datang rumah kami mahu juga mengambil masa 45 minit perjalanan.
Semalam bonda telefon memaklumkan jiran lama adik Mak Jang Mashitoh meninggal dunia, Alfatihah buat arwah yang juga aku kenali semasa kecil berjiran di KSS. Arwah bapa dan ibunya adalah guru mengajar aku membaca mukadam dan Al Quran. Pada pagi yang sama aku terima mesej ibu rakan sepejabat juga turut meninggal dunia. Alfatihah buat yang mendahului kita.
Petang semasa aku sedang berehat bersama keluarga sambil menonton TV, bonda menelefon akan datang berbuka puasa di rumah kami bersama 2 keluarga lagi (adik lelaki dan adik perempuan). Betapa gembira aku kerana adik-adik dan anak buah datang mengziarahi kami dan berbuka. Hari ini isteri memasak ikan parang masak lemak petai, sayur brakoli bersos tiram dan roti mamat, jadi aku bercadang membeli seekor ayam pepayang memandangkan menu baru aku nak promosi pada mereka. Aku juga membeli ulam kampung yang siap dicelur dipasar ramadhan berserta sambal belacan. Tepat jam 7 ptg mereka sampai dengan dua buah kereta D Max pick up. (kereta adik dan anak buah). Hampir 14 orang semuanya dan termasuk kami 6 orang menjadikan berbuka riuh rendah (2 anak di kolej). Ada yang bawa kari ayam Yasmeen, ayam percik dan bubur lambuk Tmn Sri Kota, Bayangkan rumah berkembar (sewa) pun tak mampu menyediakan ruang yang selesa tetapi keseronokan berbuka sedar tak sedar 7 pot nasi habis. Memandang ruang sempit sembahyang kena bergilir-gilir dan Alhamdullilah semuanya tak payah disuruh anak beranak bersolat.
Bonda pula merungut tak bawa bekas pinangnya jadi asyik bertanya dimana ada jual sireh pinang. Bonda dah jadikan pinang dan sireh menu wajib selepas berbuka dan sewaktu bersahur. Ramai cucu dan anak suruh berhenti makan sireh pinang tetapi nampaknya macam orang merokok juga. Bonda kata ini ubat bukan macam rokok...pulak dah. Apapun kadangkala kalau tak bawa bekas pinang atau terputus sireh sanggup telefon adik atau kakak hantar. kalau nak pergi mesti 2 beg satu isi pakaian solat dan satu lagi alPinang dan sireh le. Aku amat bersyukur kerana sepanjang 2 tahun aku dan keluarga dapat bersama saudara mara berbanding dulu kami hampir 4 tahun (3 kali Ramadhan) berpuasa di perantauan (Swk). Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive