Wednesday 10 September 2008

JUADAH BERBUKA PUASA

Semalam berbuka dengan lauk pauk dari pasar Ramadhan. Setelah 11 hari baru beli ready made dari pasar. Bukan apa tukar selera dan bagi anak-anak pilih makanan yang mereka suka. Sekarang harga juga naik kalau tak naik kuantiti kurang pulak. Semenjak 2 tahun di utara, menu baru aku jumpa ialah Ayam Pepayang, kat kedah tempayan panggil Guri bersaiz sepemeluk saiznya. Guri ditebuk lubang pengawapan dan diletakan di atas tunku bahan bakar arang. Cara masak macam ayam tandoori atau kambing bakar tetapi yang bezanya Ayam Pepayang ni rasanya rempah melayu dan isinya lembut putih dan lembab air. Masaknya selama 2 jam. Harganya RM 15.00 seekor. Kalau sekarang beli ayam bersih pun mencecah 13 ke 15 ringgit seekor. Kalau dicongak dengan masak, rempah dan kudrat lebih baik beli aje. Di pasar tidak kurang 6 ke 8 gerai jual murtabak dan roti mamat (John). Air Nira juga laris waluapun hujan setiap hari turun. Kat utara Nasi Kerabu Kelantan juga menjadi pilihan bukan setakat anak kelantan merantau atau belajar di UUM/Matrikulasi/Akademi Binaan dll. tetapi orang Kedah pun dah tak kisah makan budu. Jam 5 ptg pasar mula sesak dengan pekerja dan juga penuntut keluar sebab Pekan Chglun pasar malam pada hari Rabu seminggu sekali. Catatan dari rakan-rakan juga memaklumkan Mee Ali dan Pasembor adalah terkenal sejak dari Chglun kawasan hitam lagi tetapi diusahakan oleh anak-anak, masak masih pakai bahanbakar arang.

Di dalam kesibukan berbelanja ramai yang memberi sedekah kepada yang kurang upaya di pasar. Ada yang memberi seringgit, dua dan lima ringgit. Yang menariknya ibu bapa memberi anak kecil untuk melatih bersedekah dan bersimpati.
Saat berbuka ada 2 jenis lauk dan nasi bungkus menjadi rezeki kami. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive