Sunday 12 July 2009

CUTI MENGZIARAHI IBU DAN ANAK-ANAK DI U

Alhamdullilah, rancangan bercuti dipenuhi, tetapi anak kelima tidak dapat ikut kerana aktiviti sekolah (kem motivasi). Jadi kami bertiga bertolak balik ke utara jam 6 ptg. kami tiba jam 130 pagi. Keesokan harinya ke UNIMAP Kpg Wang Ulu melawat anak yang baru seminggu melapor. Ke UiTM bagi mendaftar anak semester kedua di Arau. Sekali balik kampong, banyak perkara dibuat mengemas rumah ibu, melawat adik dan kakak. Kali ini musim buah dapat juga makan buah rambutan pokok arwah tanam dan keruymah kakak yang baru balik umrah. Sudah menjadi kebiasaannya air zam-zam, minyak wangi, kopiah dan buah kurma pasti dihidangkan atau disedekahkan. Cerita di tanah suci pasti menjadi bualan agar kita dapat keinginan turut serta dan juga menjadi panduan.
Dikesempatan kali ini dapat juga singgah dikedai M.B. Fauzi (skot) di kangar. Melawat kedai roti yang diubahsuai dari kontena menjadi kedai pelbagai jualan. Menarik dengan konsep santai kepada pengguna. Inilah dikatakan inovasi dan moden bagi menarik pelanggan. Khabarnya skot hendak tambah ruang lagi bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kami juga singgah dirumah jiran lama semasa di UUM, pelbagai cerita dan bualan mengisi pertemuan. Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive