Thursday 16 July 2009

BENGKEL AKPM

Tiga hari di Awana G&H. Bengkel ini dapat mengenalai rakan dari perkhidmatan lain dan yang menariknya rakan-rakan lama dapat berjumpa kembali dan menambah kenalan baru. Pelbagai ragam dan stail kepimpinan yang dapat diceduk dari bengkel disamping mengetahui kedudukan semasa mengenai perkhidmatan. Tim kami di ketuai K.N Nor Azam Ariffin, LK Wahab TU, L k Norhayati J, M Khairul O, M Norazalena , K Azizi dan K Samir telah dapat menyiapkan penugasan dengan baik. Persembahan telah dibuat kpd IJ MJ W.Stvson (15 ptg), dan KS LJ Safroan (16 pg). kali pertama menjejaki Awana tahun 1990 dan cuacanya masih sejuk di awal pagi dipenuhi kabus tetapi sekarang sedikit kurang hanya di paras 25 darjah dan kabus semakin menipis. Ini akibat pembangunan. Kalau dipandang dari lubang ke 4 begitu banyak bangunan pencakar langit di puncak berbanding tahun 1990 hanya 2 buah bangunan sahaja.
sealain bengkel dapat juga teeoff di padang golf yang sempit dan berbukit/berbengkok. Kalau dulu aku hanya berjogging dilaluan buggy semalam dapat juga berada di atas lapangan. Buddy bersama K Hj Md Sani dari BPA dan M Yatim BPA.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive