Wednesday 9 September 2009

BERBUKA PUASA DENGAN SKOT

Teringat tahun 80, berpuasa di RMC Cdt Wg Dewan Makan, satu intake berbuka dengan planters order jalur bertali leher RMC dan bersahur jam 4 pagi (mula-mula bersahur pun lengkap planters order) lepas tu sikit ok tanpa tali leher tapi masih smart kasual. Setahu aku semua kena hadir samada makan ke tak makan sahur. Dah masuk tahun kedua jadi senior tempat duduk banyak yang kosong. Waktu itu, baru 4 bulan trg. macam biasalah ada yang masuk bawah meja, berdiri, lari kelliling square sebab buat salah. Semuanya dibuat dengan patut tanpa merungut.
Masa latihan ada yang kuat posanya ada yang kantoi, samaada bayar balik ke tak bayar, masing-masing kena muhasabah diri dan bayar sendiri-sendiri. Masa latihan section battle drill, dan fd trg kat balakang RMC sandune banyak ladang belimbing, ada yang berbuka kat situ dengan starfruits, jambu, mangga, tebu, tembikai dimana tempat ambil perlindungan atau memang sengaja mengambil perlindungan di bawah pokok berbuah. Ada yang masuk pouches untuk bekalan waktu berbuka. Ada yang kata ' depa tanam pun di tanah haram, tak salah kalau kita ambil' atau tak terfikir langsung bab dosa/pahala. Berbagai peragai dan ragam, curi-curi makan dalam bilik walaupun tinggal seorang satu bilik kononnya orang tak nampak tapi Allah nampak dia buat tak kisah sebab dah tak tahan dahaga, lapar sebab trg. Masa tu PT macam biasa, latihan kawad atau latihan medan dilaksanakan tanpa kompromi.
Ptg 09.09.09, 14 rakan dapat sama-sama duduk berbuka di Dewan Felda atas sponsor Romlee dan ajuran FuadH. Kalau dikira AR Coy masih majoriti (FuadH, Redzuan, HasanA, JamaludinT, Tayazi, Hanafiah, Shafiee, Romlee and Lokman) dan yang hadir Azaliah, Rani, FuadM, Razali dan Razak. Walaupun masa singkat dari jam 7 malam hingga 945 malam semua (dalam kump terakhir keluar dewan) dapat juga bersenda gurau dan bertanya khabar. Diusia yang semakin senja (48 tahun ke atas) dan masing-masing dengan kerjaya dan kehidupan, saat sebegini mungkin boleh mengingat cerita suka duka lama sambil mendapat maklumat hal pekerjaan dan keluarga masing-masing. Syabas sebab yang hadir tidak banyak bezanya dari masa kadet dulu masih hansem dan lawa tanpa perubahan ketara cuma nampak tanda-tanda dewasa dengan uban di kepala dan kumisnya. Yang pencennya mula berjanggut tapi rambut masih kemas pendek. Bentuk fizikal masih sama kalau kedepan mungkin perutnya sedikit tetapi ramai maintain slim. Sangat sebegini pasti tidak sama di masa datang dan mungkin tidak semuanya datang dan kena terima hakikatnya sejak kadet waktu baris wajib pun ada yang tak dapat 100 peratus masuk/datang sebab ada yang attend C, masuk RSAT atau lapor sakit, tambah pulak dah masa sendiri sekarang, berkeluarga, berjauhan sudah pasti tidak semua dapat hadir. Perjumpaan sebegini walaupun tak selalu dapat dilaksanakan ianya juga dapat bertanya khabar rakan yang lain yang tidak dapat hadir.
Dimaklumkan kepada Skot Junior TJT 22 Mej (B) Rohaizad bin Baharudin KPD telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Ogos 09 dan dikebumikan di Ulu Yam - Al Fatihah. Al Fatihah juga kepada rakan yang telah mendahului kita. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive