Wednesday 21 October 2009

BIRTHDAY BOY EMEE KE 8 TAHUN DAN ALONG KE 23 TAHUN

18 oKT genap adik Emee 8 tahun, jadi kami sekalikan dengan Kak Long dan Mak Ciknya Nor. Kami jemput rakan lama di TJS dan Andalas. Hampir semua jemputan hadir dan masing-masing dengan cerita lama dan mengemaskini maklumat. Tetamu yang hadir Dris Jalil, Zaidun, Pin, Hashim, Zaidun, Fauzi dan Din bersama keluarga masing-masing. Jamuan hari tu simple dengan Laksa lemak nonya, nasi tomato dan kueh raya. Angah dan Suri sekeluarga hadir dan umah penuh dengan anak buah. Waktu ni baru rasa rumah tak muat dengan tetamu. Ada yang bawa KFC, Pizza dan Cake belanja auntie mereka kerana 2 anak buah (Ina dan Farah) dah bekerja. 17 Okt kami ke Putrajaya ke rumah openhse rakan di Dewan Prencint 8 dan semasa balik ke Puchong gagal ke rumah Bob menantu Mak Teh jadi kami tersasar ke Sri Kembangan jadi terus ke umah rakan lama P>Ebrahim oran Paris (Perlis) dan isterinya orang London (Labu Sendayan). Gagal ke Puchong kami landed di Sri Kembangan selepas tu ke Damansara Utama (IKEA) sebab orang umah nak beli almari kaca. Puas juga bagi alasan ( jauh, sukar, malam dll) tapi sebab kenangkan kerja kuat memasak dan lebihan wang insuran dengan relanya aku meredah laluan yang jarang dilalui. Isteri begitu ceria dan tak payah window shopping terus angkat barang, bayar dan balik tak sampai 20 minit. Dah tu barang pjg 5 kaki , lebar 2 kaki beratnya 20 kil0 dimasukan ke dalam Waja. Bayangkan dari jam 2 ptg beraya, hujan lebat, singgah makan, open hse, sembahyang dan perjalanan kami sampai di Ike jam 9 malam. Masa di Ikea hanya 20 minit urusan selesai dan menceriakan buah hati. Sebab barang terpaksa dimasuk ke bonet terus ke tempat duduk belakang, semuanya terpaksa berhimpit dalam kereta balik ke umah. Esoknya buah hati sibuk memasak, aku pula sibuk memasang almari kaca dan siap pasang lampu sorot dan sesampainya tetamu semua beres disiapkan. Anak-anak membantu mengemas rumah dan menyiapkan hidangan. Kalau semua diberi kerja dan diberi ganjaran semua kerja dapat diselesaikan dengan penuh keceriaan. Wasaalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive