Wednesday 21 October 2009

TUGAS SEMENTARA DI KUANTAN

14-16 Okt 09. Seingat aku lama tidak bermalam di Kuantan atas urusan kerja. Aku menginap di hotel Mega View di tebingan Sg Pahang. Dulu hanya singgah sebentar di Teluk Chempedak sebelum ke Selatan Bandar Muadzam. Bandar Kuantan banyak perubahan dan aku berpeluang brisk walk hampir segenap pekan. Ikan bakar/seafood Tanjung Lumpur penuh sesak orang yang datang menjamu selera. Malam tu kami makan ikan bakar Ikan Aji, sotong, lala dan tomyam seafood. Malam kedua pekena makanan tomyam di santai restoren pulak. Aku dapat juga beriadah di Cross Creek Golf Club dan Maran Hill. Di Maran aku satu buggy dengan skot Md Din. Mak Dato 15 biji bola hilang beb nasib baik bola colorox je. LapanganMaran Hill GC mencabar dengan green, fairways yang curam, sempit dan banyak OB. Dah tu banyaknya dog leg.
Di Ktn ramai kenalan lama bersua kembali ada yang masa kadet, kursus dan juga sepejabat. Beginilah hidup kalau berjalan dapat juga jumpa rakan dan mengimbau kenangan lalu. Di tebingan sungai Pahang diadakan pertandingan memancing pada malam minggu, selasa dan khamis. Malam tu, johan mendaratkan ikan pari beratnya 3.3 kilo. Banyak perubahan terutamanya deruman enjin pesawat supersonik Kem Bt 10 dan sehala di bandar Ktn. Perjalanan ke Ktn melalui lebuhraya Karak dan Pantai Timur hanya mengambil masa 3 jam dari Kl ke Ktn. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive