Thursday 21 October 2010

BIRTHDAY EMEE 18 OKT

Hari Sabtu 16 Okt 10, kami buat keputusan untuk sambut birthday adik Emee di surau pada hari Ahad malam dan seterusnya mengadakan bacaan Yassin dan Tahlil untuk Arwah Ayah Hj Abdul Kadir Hj Ismail dan mertua Mohd Sidek bin Anuar dan ibu mertua Saarah binti Siman serta doa selamat untuk keluarga. Jamuan hari itu roti jala dengan pulut kuning. Kek hari jadi adik Emee kali ini dengan dekorasi bolasepak dan untuk kawan sekolah diperuntukkan kek cawan (cup cake) seorang sebiji. Kali ini tidak dibuat dirumah kerana kakak dan abang

semuanya tidak dapat balik, jadi kami ambil kesempatan meraikanya disurau lebih ramai dan meriah serta membuat sesuatu yang baru. Mungkin di ulan akan datang ada jemaah akan mengadakan majlis harilahir disurau dan AJK surau juga bercadang akan mengadakan 2 bulan sekali untuk jemaah surau.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive