Sunday 31 October 2010

LAWATAN KE DEFENCE INDUSTRY SINGAPORE

Lawatan bermula pada 27 Okt dan balik ke KL pada 29 Okt. Jam 0900 dari MAFDC ke JB dengan Bas, menginap di Zone hotel di Stulang Laut duty free zone. Malam free ,jadi kami ada yang OTW, setelah lelapkan mata, aku ke tepi pantai berjalan kaki sehingga CIQ, kelihatan deretan lori pasir, batu dan kontena di pemeriksaan kastam, ke Singapura. Aku melepasi Blue Wave hotel sehingga ke bawah jejambat Tambak Johor, kawasan agak lenggang dan kembali ke hotel jam 730 ptg. Aku dengan Al Shog, Hj Lan and Al Islam makan di gerai Tom Yam. Awal pagi 28 Okt jam 0645 pagi kami ke Singapora melalui Link Kedua dan sampai di ST Kinetic jam 0930 pagi. Taklimat dan lawatan berakhir jam 1230 dan berlepas ke SAFTI MI bagi makan tengahari di Officer Mess. Berjumpa M Rashid yang mengikuti kursus di Singapore Command and Staff Colllege. Lepas makan tengahari kami ke ST Technolgies bagi lawatan kedua sehingga jam 1600. Jam 1630 kami balik ke JB melalui jalan yang sama dan membatalkan lawatan ke Bkt Chandu (Pill boxes) kerana kepenatan dan mengelak kesesakan lalulintas di Link Kedua. Hasil lawatan mengambarkan Industri Pertahanan mereka jauh terkehadapan dan mampu meraih keuntungan serta Mandiri di dalam menjana dan mengadakan peralatan dan kelengkapan pertahanan.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive