Monday 15 November 2010

KITAR SEMULA BARANGAN TERPAKAI -SURAU AL-HAQQ

Program kitar semula kali kedua pada 6 Nov bermula 8 pagi hingga 12 tengahari berjalan seperti dijadualkan. Kali ini hampir 20 peserta menghantar barangan seperti suratkhabar, plastik(botol), kotak, tin/aluminium/bateri kereta dan barangan berasas aluminium/besi/dawai. Jualan kepada pemborong tidak dapat dilaksanakan pada hari tersebut kerana Cuti Hari Depavali dan hanya dapat dijual pada 8 hb Nov 10 (Isnin) disebabkan semua pemborong barangan lusuh menyambut Depavali selama 5 hari. Hasil jualan kali ini sebanyak RM260.80. Program ketiga akan dilaksanakan pada 4 Dis 10 dan diselia oleh Biro Wanita dan hasil jualan akan dikreditkan kepada akaun Biro Wanita bagi keperluan aktiviti mereka. Ini bagi mengenang jasa ahli wanita serta menarik lebih ramai ahli wanita (kaum ibu) mengumpul barangan buangan dapur seperti kotak susu, tin susu, kertas pembalut coklat, kotak, tin milo/tenusu, botol plastik minyak, majalah terpakai/lama dan lain-lain bahan buangan yang boleh dikitar semula. Maklumat mengenai tatacara dan yang lebih penting ialah barangan yang kotor seperti lebihan minyak, susu dll yang boleh mencemarkan suasana surau hendaklah dibersihkan dirumah sebelum dibawa ke pusat pengumpulan barangan kitar semula disurau.

Barangan yang dikumpul banyak diperolehi daripada rumah saudara Aris kerana barangan seperti botol mineral, kotak dan tin minuman adalah bahan buangan di majlis perkahwinan anak beliau. Kepada pekerja sukarela dan penyumbang pihak AJK Kitar semula mengucapkan ribuan terima kasih. Difahamkan Surau berdekatan juga telah merancang untuk mengadakan program serupa dan ianya telah mula mendapat perhatian dan sokongan. Pada kali ini hadiah misteri kepada penyumbang akan diadakan pada Hari Raya Korban, nama penyumbang akan dimasukan ke dalam balang dan akan dicabut semasa majlis makan tengahari di surau Al-Haqq. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive