Thursday 6 January 2011

SAMBUTAN TAHUN BARU DI TINGKAT 20 LG

Selepas menyiapkan final thesis untuk dijilidkan, kerajaan mengumumkan 31 Dis 2010 sebagai cuti peristiwa dengan kemenangan bolasepak Piala Suzuki (aggregate 4-2) mengalahkan Indonesia. Walaupun agak kurang senang dengan keputusan cuti sebab kalau ikut program tesis perlu dihantar sebelum 31 Dis 2010. Jadi pada 30 hb hendak tak hendak kenalah maju awal sehari. Sebetulnya 31 Dis memang bercadang nak bawa keluarga ke LG buat kali terakhir sebab kena serah bilik di LG dan anak-anak akan bersekolah pada 3 Jan 2011.

Jam 12 tengahari kami ke SA ambil kak long dan seterusnya turunkan mereka di Jalan Masjid India untuk shopping dan tukar tudung yang dibeli awal Dis. Kami bertiga terus ke Keramat untuk gunting rambut Emee dan Hass. Jam 2 kami ke LG. Disebelah petangnya kami berenang di tkt 5 sementara menunggu makan malam. dah setahun kali pertama berenang bersama anak-anak. Malam itu kami rancang makan malam di Menara G.Estern Jln Ampang. Kami bercadang ke Cozy Corner tetapi dibatalkan kerana penuh dengan pelanggan jadi kami ke Penang Village. Adik Emee maklum ia nampak Adflin Shauki dan keluaraga juga makan malam di PV. Selepas makan, kami kembali ke LG dan menunggu countdown di tkt 20. Tepat jam 9 malam kami dapat lihat begitu banyak bunga api dilancarkan dari Gombak, PJ, KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Jalil dan Sunway. Walaupun jauh tapi dapat dilihat dengan jelas percikan bunga api tersebut. Dalam fikiran berapa banyak wang dibazirkan dengan keseronokan menyambut tak sampai 10 minit meraikan tahun 2011.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive