Saturday 25 December 2010

KE P.PINANG DAN KEDAH

Cuti Krismas jam 930 selepas minum pagi di Lontong Klang kami bertolak ke P.Pinang melalui Gutrie Highway, PLUS highway dan jambatan P.Pinag ke Bayan lepas. Di P.Pinang untuk membuat tinjauan awal di tempat kerja baru. Kami ke rumah K Zahid dan dijamu dengan laksa penang. Jam 4, kami ke WP di puncak Bkt Gedung, Bilik Melati berehat dan solat jamak qasar. Sebagai buah tangan di Penang jeruk buah pala, salak dan mangga bernilai RM 45 dibawa balik ke AS. Sepanjang perjalanan balik ke kpg hujan lebat memperlahan perjalanan. Kami sampai ke kedai adik di T Kamela. Mereka baru selesai mendaftar kemasukan pelajar baru bagi kelas tuisyennya yang dibuka tahun 2009. Kami dijamu dengan bihun goreng dan dadih. Selepas solat Maghrib di Masjid Kebun Pinang kami ke rumah bonda di Tandop. Badan dah mula sakit-sakit sebab perjalanan jauh dan juga keletihan selama seminggu tak cukup tidur dan rehat, (siap thesis).

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive