Tuesday 31 May 2011

IKAN SEPAT KERING KETOK

31 Mei 11. Menu mudah dan ringkas, kebiasaannya ikan direndam dan digoreng. menu ini kalau diubahsuai cara masakan dan teknik dapat menambah lagi keenakan sajian tersebut. Ikan sepat kalau dimakan dengan ubi kayu dan sambal tumis amat menyelerakan. Teknik ini boleh dicuba dengan amat mudah sekali, ikan dibasuh dan dibersihkan kotoran dengan mengesatkan ikan yang direndam selama 10 k3 15 minit di atas batu giling atau lantai simen mengerutu/kasar supaya sisek dan kotoran tertanggal. Ikan yang bersih dibasuh dan disejatkan/kering. Selepas itu ambil sedikit tepung gandum ditabur di atas ikan supaya apabila digoreng ianya menjadi kuning keemasan dan ranggup. Ikan hendaklah digoreng agak masak (tidak terlalu masak) dan ikan yang digoreng ditoskan minyak. Ikan yang masih suam/panas di tegakkan menggunakan penyepit atau dipegang dengan tangan dan ambil sudu/belakang pisau dan ketuk bahangian belakang ikan sehingga isi merekah dan mudah ditanggalkan apabila hendak dimakan. kalau sukar ikan diletakan diatas papan pemotong dan gunakan anak lesung batu dan perlahan-lahan ketuk/tumbuk badan ikan sehingga isi ikan boleh ditanggalkan. pengalaman berharga ini disajikan untuk orang kenamaan. keperluan diterima jam 9 malam, ikan kering sepat diperolehi jam 11 malam hampir 3 jam perjlanan (jammed di atas Penang Bridge ke SP), jam 1230 mlm 29 Mei sampai balik. Jam 6 pagi telah diproses, goreng, ketuk terus (jam 730) dihantar ke hotel S----la Bt Feraari untuk dimakan dengan ubi kayu rebus dicicah dengan sambal tumis dan pisang rebus bersalut kelapa parut. Pengalaman dan cara ini dipelajari dari gabungan dan petua ibu, rakan dan P5. Yang penting inisiatif, rajin bertanya dan baik dengan semua orang serta ikhlas menjadikan kerja lebih mudah. wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive