Thursday 2 June 2011

RESTOREN 3 R (RRR) PANTAI REMIS

Selepas selesai pemeriksaan gigi dan tampalan semula, Dr Z h gagal mengesan gumpalan nanah/darah di bahagian roots graham atas dan mencadangkan di rujuk ke PGAT KL (Dr Rsha). Temujanji akan diatur mengikut kelapangan masa. 1 jam proses mencari dan mengerudi dan tampalan balik, rasa gilu dan sakit belakang kepala. Sebelum bergerak balik aku menghubungi Dali untuk mendapatkan alamat rumah Pak Dak Razak (Duck) di Pantai Remis. Setelah dihubungi aku singgah ke kedai Pak Dak Restoren 3 R di Jalan Permatang Pasir. Spesialnya menu mee kari udang lipan. Sampai dikedai jumpa pula dengan abg Mahthir serta isterinya Nilam yang singgah dalam perjalanan ke KL. Kami dah tak jumpa agak lama, hampir berbelas tahun dengan Pak Dak dan juga Mahathir yang aku jumpa di KK tahun 88. Pak Dak juga jemput keduri kahwin anaknya pada 5 Jun. Manakala abang Mahthir pula ke KL merisik untuk bakal menantu pada hari yang sama. Kami dijamu udang lipan goreng, tomyam seafood, asam pedas denga air asam boi. Pakdak bercerita tentang arwah ayah dan bagaimana restoren didirikan asalnya dari pelangar jual laksa dan dibina sedikit demi sedikit sehinggalah tersergam seperti sekarang. Khabarnya pelanggan dari Jepun, orang putih dan orang kenamaan menjamu selera dikedainya. Semua sajian dan urusan kedai diuruskan sendiri dengan isteri, anak-anak dan menantu. Syabas buat Pakdak Duck. Jam 1330 bergerak balik ke PP dan singgah sembahyang di Masjid Pengkalan Bahru. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive