Sunday 12 June 2011

MERISIK dan TANDA PERSETUJUAN, TANDA PERSETUJUAN

Merisik merupakan adat melayu samada melayu asli, jawa dan lain-lain mempunyai adat/tinggalan atau kebiasaan yang diamalkan atau dipeturunkan kepada generasi ke genarasi. Sekarang adat-adat merisik mula bercampuraduk dengan mengambil adat-adat yang mudah dan boleh diterima kedua-dua pihak. Teknik membuka bicara juga berubah dan tidak lagi penuh berlapik, semua sudah tahu hajat, kalau tidak membuang masa. Kalau dulu merisik dibuat dengan penuh adat dan yang menerima kunjungan pula hanya orang tengah, sekarang ibubapa dan keluarga serta bakal menantu turut sama. Cuma dikekalkan jurubicara atau pembuka masih digunakan, tetapi dalam hal-hal bakal majlis jjika dipersetujui akan dibincankan pada waktu yang bersesuaian. Pertama kali menerima risikan digunakan sepenuhnya pengalaman serta menjemput ibu, kakak dan ipar untuk sama berbincang dan membuat keputusan. Merisik juga disertaakan dengan jawapan dan dibincangkan waktu dan tarikh majlis pertunangan, hantaran dan maskahwin. Ini untuk memudahkan apabila berlangsungnya pertunangan dan diteruskan dengan majlis akad nikah. semuanya diselesaikan dengan mudah kerana anak-anak yang terlibat sudah kenal mengenali, begitu juga ibubapa. Wasalam 12 Jun 2011, anak sulong sudah diikat dan akan dibincangkan majlis seterusnya bila sampai masanya. tempoh tidak lewat dari Mac 2012. InsyaAllah. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive