Sunday 10 July 2011

MUSIM DURIAN DI PP

      (Akhir Jun-Awal Ogos) PP Pulau Mutiara, walaupun pulau tetapi jenuh juga buah durian disimpang, pasar dan di tepi jalan. Di anjung Indah Balik Pulau, Pesta buah durian berlangsung dari Jun ke Jul. Buahnya berbagai rasa dan jenama, kunyit, kucing, tiduk nama tionghua (banyak pekebun China), dan kemuncaknya perasmian oleh TYT di Balik Pulau dengan adanya pertandingan durian terbaik.tahun ini banyak juga mkan buah Durian keran sekeliling Kem haraimau Malaya banyak pokok durian. Daripada pemerhatian banyak pokok lama yang telah berusia dengan buah semakin kecil tetapi isinya woow sedap, pahit, manis, liat dan harum. sehingga kini sudah seratus RM dilunaskan bagi buah durian kalau beli kat luar mungkin dah hampir RM 200.00. Dah 2 kali hantar ke anak-anak di KL tapi dalam bentuk Serawa Durian. Di balik pulau memang buahnya sedap sebab durian bukit dan menghadap laut pulak. Pokok durian dijaga dengan baik dengan ada diletak jaring agar buah tidak sampai ke tanah. pemandangan motosikal dengan Raga Buloh, tong plastik dan lori kecil berulang-alik memunggah buah durian ke stall tei jalan dan juga kelokasi pengumpulan sebelum diedarkan keluar PP. Ada pekebun menjual sendirian denga nama pelik seperti durian tapak kaki, chap tupai, sebagai penarik dan pelaris jualan. Kalau mampu ada yang sanggup bayar sebiji RM 50 ke 80, kalau tidak selonggok RM 10.00 dan kalau tak elok boleh buat tempoyak. Pasar malam Sg Ara, TAHA bayan Lepas selonggok juga turun kepada RM 5.00. Ada juag buat Tart perisa Durian dengan satu ketul sebesar ibu jari 60 sen sebijik. Sesekali makan durian bila sendawa pastinya sekelian yang ada berhampiran berbau durian tambah pula di dalam aircond, yang malang lagi ketut bau gas durian, mak datok je yang tahu. Kalau makan durian gunalah petua orang lama, minum air dalam pangsa kulit durian (boleh hilang panas badan, bau dan loya).  

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive