Tuesday 19 July 2011

PARTY DURIAN BALIK PULAU, SG ARA, KUALA KANGSAR DAN BALING

Tahun 2011 merupakan rekod kerana banyak makan durian. Sejak awal Julai Durian Sg Ara Harimau Malaya menjadi sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Harga RM10 sudah cukup berbaloi kerana buahnya berkualiti, Buah Balik Pulau mahal tapi sedap rasanya, malam  10 Jul 11WP menganjur pesta makan durian dan pot luck diikuti tarian ala koboi. Hari Ahad 17 Jul pesta makan durian KK dibawa oleh Hafiz dari kebunnya, pagi 19 Jul 11senambrobik dikebun durian Bkt Gedong (lurah sawa) pokoknya sebesar batang balak pokok otai lama dan buahnya pahit-pahit manis. Berpeluh juga walaupun hasilnya 6 biji ditemui tapi awas ular sawa dan tedong selar sebesar paha menanti anda jika waktunya tidak kena. Minum kudapan pula durian dari Kupang/Baling lagi melencun isinya tebal, manis pahit dan macam macam rasa ada. Ari ni badan dah mula berpeluh, orang kata dah melugai dan mata mula kuyu giler. tapi sebab enak kena juga makan sambil kena jaga tahap meluap jangan sampai pengsan...cepat makan ubat, eno, air asam.. rakan-rakan lain pun sonyap kat pejabat khabarnya sama lagunya sedap dan ngantok. Kalau dibilang jari mau-mau dah sebat 30 biji dah kot......

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive