Tuesday 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI 1432

Puasa bermula 01 Ogos11, kali in azam mengurangkan belanja di pasar Ramdhan, makan luar dan makan sahur tanpa nasi hanya oat atau roti. Begitu juga dengan solat terawih dan baca alquran. Azam ini bagi memastikan puasa tahun ini lebih baik daripada tahun 2010. Setelah habis 30 hari berpuasa hari Raya jatuh pada 30 Ogos 11 dan setelah dibuat semakan didapati puasa  mencapai matlamat tetapi puasa nafsu makan selepas berbuka, nafsu mulut, amarah dan mata perlu ditekadkan penguranganya atau sifar pada tahun 2012. Tahun ini tadarus dan katam alquran  dapat diselesaikan walaupun masa agak terhad dengan aktiviti pejabat dan bacaan koran sendiri hanya sampai juzuk ke 25. Surat Al-Waqiah, surah An-Naba dan Al-Mulk dapat dijadikan bacaan harian sejak sebelum puasa, walaupun kadangkala terlepas bacaan selepas solat. Solat sunat juga masih banyak kurang walaupun diketahui kelebihan 10 malam terakhir. Semua azam ini akan diteruskan penambahbaik pada tahun 2012/1433 dengan mengekalkan momentum sekarang sehingga samapai ramdhan akan datang. Bulan Rejab dan Syaaban dijadikan pengerak dan meneruskan momentum sehingga keakhir hayat terutamanya membaca alquran, tafsiran dan mengamalkannya.
               Suasana bulan puasa di mutiara timur agak sederhana dengan aktiviti yang kurang padat. pada kali ini hanya 2 lawatan rasmi berbuka puasa (bersama PTD dan T.Menhan), puasa bersama ibu tersayang 2 kali, 2 hari di WP, K_ dan Kl--g. Lain-lain hari bersama keluarga. Bulan ini juga isteri tersayang dapat juga khatam Quran penuh mualai dari jam 8 pagi bersama rakan dan syabas kerana berjaya menganjurkan majlis khatam dengan tradisi sedekah pulut kuning, kurma, beg longchan, kain batik (hadiah Dtain Sh--si--. Semua usaha mereka mulakan dengan majlis bacaan Iqra di RKAT Peg Sg Ar-. Kali ini rendang, kurma china dan baulu dijadikan sedekah kepada staf pejabat dan juga sumbangan duit raya.
             Tanggal 30 Ogos 11, hari selasa, malamnya kami 3 beranak (Has dan Eemee) bertakbir dirumah, keesokannya kami 7 beranak (kecuali no 4-diKL) bersolat di surau 2MD dan diakhir dijamu nasi Arab Kambing selesai sahaja solat sunat Aidil Fitri. Istimewanya adik emee dengan jubah, serban dan kopiah hitam. Suasana bermaafan dengan isteri dan anak-anak diteruskan seperti lazimnya dan mungkin suasana begini akan berkurangan apabila anak-anak berdikari, yang tinggal kami berdua dan mungkin juga bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru. Kali ini berya di tempat baru bertambah sibuk apabila tetamu mula berkunjung dengan menyajikan kuih serta rendang dan lemang. Sebelah malamnya DMnoor/Sam, K Wee n Mdm Sherlin bersama keluarga adalah tetamu terakhir di Syawal pertama berlabuh. Walaupun begitu dapat juga aku membaca ayat pilihan dibaca harian dan juga meneruskan bacaan Al-Quran juzuk ke 26 dan ke 27. Semoga yang dicatatkan menjadi satu azam dan terus dilaksanakan dengan penuh kesedaran serta menjadi rujukan di tahun hadapan. Catatan dibuat untuk meningatkan diri supaya berusaha kearah yang terbaik. Wassalam
            

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive