Tuesday 23 August 2011

PERTUKARAN NAKHODA HELANG

10 OGOS 11 - 23 OGOS. Tampok pemerintahan bertukar tangan dari MJ MND kepada MJ AMD diadakan seperti dirancang dengan lancar. Taklimat juga telah dilaksanakan pada 12 Ogos. Majlis selanjutnya melibatkan pemerintah baru majlis berbuka puasa bersama keluarga di Wisma Perwira dan juga food tasting lawatan PTD telah dilaksanakan di Dewan Buankusi WP 2 Div pada 19 Ogos 11. Majlis diakhiri dengan solat Terawih dan Moreh di Surau Harimau Malaya dengan menu roti arab. Lawatan PTD pada 23 Ogos merupakan acara pertama P5 MJ MD. Acara lawatan bermula jam 1025 KKU, bergambar, taklimat, Perjumpaan dengan P/LP di WP 2 Div, KKU Review dan Solat Zohor berjemaah. Malam Majlis berbuka puasa di Harimau Malaya tetamu termasuk T.MenhanYB Dr Latiff. Majlis ringkas dimulakan dengan Iftar, solat Magrib, jamuan, penyampaian $ Zakat kpd Sdra baru dan ucapan YB. Pergerakan balik dengan CN jam 0930. Yang lain terus solat Isyak, Tarawih dan moreh. Menu disaji ialah berbuka puasa -kurma,seri muka, popia dan karipap. Makan malam  nasi putih, ikan patin tempoyak, kari kambing/kari daging, ayam kicap bawang, ulaman dan sambal belacan. Moreh roti Arab.  Dikesempatan masa yang ada majlis serahan kuih di Cwg juga dilaksanakan kepada anggota di atas hajat (wang hasil Arwah ayah) yang kembali ke Rahmatullah pada tahun 2003. Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive