Tuesday 24 January 2012

JORAN PULAU PAYAR -21/22 JAN 12


Pengalaman kedua setelah usia meniti emas. kali pertama tahun 2003 di p. Sipadan dengan BJ Akbar mendapat ikan kerapu. Waktu itu tidak terasa mabuk laut kerana bot dinaiki bersaiz besar dan mengunakan injin hydro. Kenangan di laut sulu dan bertembung dengan ikan paus di kawasan Roach reef. Kenangan pada Joran P.Payar menambah pengetahuan memandangkan laut adalah asing buat kami yang pertamanya mengikuti trip kali ini. jam 4 ptg aku telah tiba di Pekan Kota Kedah lama dan menanti gp joran. Setelah siap hampir jam 630 ptg kami baru dapat bertolak. Trolling dilabuhkan tetapi gagal memperolehi tenggiri yang diidam. HampirMagrib kami berlabuh di luar taman laut PP dan mula melabuhkan pancing dasar.   setelah menunaikan solat qasar/jamak aku juga turut menurunkan tali joran baru dibeli (nd hand) jenis cobra dan kelili jenis Diawa. perut mula terasa meloya dan mabuk laut walaupun sebelum berlepas aku telan 2 biji pil penahan mabuk. Muntah free dan macam nak tercabut isi perut tambahan pulak makan tengahari sambal udang petai kenduri kesyukuran pertunangan anak buah - Dillah. Malam itu aku bangun tidur di dalam bot fibre dan rasa macam nak balik pun ada tapi dah jauh ditengah laut hampir 2 jam semuanya disimpan dalam tiduk-tiduk ayam. Malam itu beberapa kali kami beralih tempat mencari lubuk ikan tetapi gagal memperolehi tangkapan. Hanya 4 ekor ikan gelama dan kerisi kami perolehi, manakala pancing yang aku pegang bersilih ganti umpan tidak diragut. Selepas subuh aku mula rasa segar kami mula membuat trolling dan memerhati burang camar laut mengejar ikan-ikan kecil. Kawanan burung ini merupakan petunjuk kumpulan ikan bergerak. Kami mula mendekati kawanan burung dan melabuhkan joran, kain appolo lima mata kail dilabuhkan dengan kaedah jigging. MRamli berjaya menaikan ikan cencaru bersaiz 1.5 kg dan disusuli G1 denganikan kerisi. Semakin kuat kami berusaha tetapi ikan juga tidak berganda. Kami terus menukar lokasi sehinggalah kami melabuh sauh setelah beberapa ekor ikan kerisi mengena panciing. Aku kepenatan dan kurang mahir jigging aku terus mengenakan umpan udang dan dibiarkan sehinggalah joran diseret ikan besar. Ikan tenggiri bersaiz agak besar hampir 2 kg menjadi rezeki aku dan terus disusuli dengan ikan kerisi dan duri. Kami masih beralih tempat sehingga jam 1230 tengahari dan berpatah balik sambil membuat teknik trolling. Rezeki tidak berapa menjadi tapi kami berazam untuk menyertai ekspedisi seterusnya jika ada masa yang sesuai. 

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive