Sunday 1 January 2012

SALAM DAN LANGKAH 2012

         Seawal pagi letupan bunga api dan percikan cahaya menerangi kawasan Setia Pearl dan juga kawasan Relau. Anak turun ke bawah kawasan taman memerhati ke arah langit Queensbay dan juga SunCity. TV 1 aneh pulak tidak ada program hiburan dan ada ulang tayang Tiger Cup mempamirkan perlawanan Tahiland dan Malaysia. Ingatkan menunjukan semangat juang pemain Malaysia tetapi kalah 1-0.  Pelik juga siaran lain semua menunjukan sambutan di kawasan strategik dan jam 0100 siaran TV 1 pun turut tamat siaran. Selepas berjalan kaki kepasar BB dan petang ke Kamdar. 1 Jan 12, berlangsung seperti tidak ada yang baru cuti dapat membersih 5 pasang kasut dan juga buang sawang hadapan rumah dan tangga tingkta 3 dan 2.  Berita menunjukkan demonstrasi pelajar di hadapan UPSI sempat juga dengan KP perak memaklumkan kecederaan pelajar akaibat rempuhan sendiri, sambil itu ke You Tube search vedio clips dan berbeza dengan apa yan dilaporkan. Kalau maklum ini bercanggah bayangkan ramai mahasiswa akan download, search pelabagai media untuk buat analisis sendiri. Ramai juga guna handphone merakam tindakan polis menahan dan menangkap pelajar.  Tahun 2011 seronok juga baca media alternatif bagaimana isu NFC, Zakat, Banglo Khir Toyo dll dan dibandingkan dengan media kerajaan dan media pembangkang, media bebas akan ada beberapa pesepsi yang boleh menjadi batu dan penghalang kepada kerajaan sedia ada bertahan. OOpps kalau nak buat analisis kenalah baca dan kaji sejarah, pesepsi, realiti dan juga konspirasi. Silap-silap isu SBPA juga menjadi satu isu yang sukar memenangkan pemerintah.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive