Tuesday 30 April 2013

I MEI HARI PEKERJA -GOTONG ROYONG DI SURAU LUQMAN

Jam 0900 pagi jemaah surau bergotong royong membersihkan persekitaran surau.Ada yang menyapu, menebas, mencuci disekeliling surau dan didalamnya. Aku dan Z dibantu Hasandin membetulkan laluan pejalan kaki yang selama ini terjongkang jungkit disebabkan akar pokok. Setelah dibuang akar lauan kembali rata walaupun laluan tinggi rendah. Seterusnay membersihkan laman dan membuat longkang kecil agar air bertakung dapat mengalir. membbina lauan pejalan kaki ditepi koridor supaya mudah untuk lauan ke pili air. selesai jam 1130 jamuan minuman ringan nasi goreng dihidangkan bagi jemaah yang hadir. Has dan Emee juga turut sama supaya belajar berbakti dan tahu bagaimana melaksanakan tugasan amal disamping mendekati sifat bergotong royong dan bergaul dengan jemaah. Masa makan ini pelbagai isu dibincangkan, banyaknya mengenai undi awal ada yang undi di PD, Lumut, SRK Kem, Wisma Transit. Ada yang bagi indikasi ini kalilah, ubah dan sokong. Undi semua rahsia sapa pun tak perlu risau, jika dipanggil tak sepaptutnya kerana undi adalah rahsia. Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive