Sunday 21 April 2013

PASAR CHOW KIT (PCK), SIPUT SEDUT MASAK LEMAK+KELADI

Semasa perjalanan ke pasar CK, sebuah mc ditunggangi sepasang anak muda 30an terlanggar seorang PEMUDA mungkin bangla dipersimpangan KB/UKM/HBKL. Nampak terduduk mat bangla tapi bingkas bangun dengan kebingungan. Nampak kakinya berdarah sikit. Tapi pasangan atas moto masih memarahi MB kerana melintas jalan dilaluannya. Apapun yang sakit kena bantu bukanya mencari salah. Kami terus perjalanan ke PCK. Kali ini tak ramai orang tapi masih tiada ruang parkir kancil KAX^&&(. Kami ke laluan jualan ikan, siput sedut dan juga buah-buahan.Isteri beli dan bayar, aku dibelakang menjinjing bakul dan akhir sekali kegerai jualan buah. Buah mangga lily 3 kg RM 12 dan anggur hitam tanpa biji sekilo rm 12.00 ari ini. Selesai marketing, agak dahaga pilih Coke sejuk harganya RM 2.00 setin, tak jadi mahal sangat lalu beli air mineral RM1.00. Jalan Raja Bot jam sebab ramai parkir ikut suka dan ada pemandu P, lembab dan bangang menyebabkan jalan lagi bertambah jammed itu dah jam 1100 pagi. Sekembali singgah di PETRON Jln Kera Mat dan singgah beli suratkhabar di Jln S/Gurney dan juga 2 air jambu asam boi (RM1.50), x sedap rasa buah jambu lama atau terlalu masak. Sampai umah baki ais di masukkan kopi O jadi dapat hilang dahaga.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive