Monday 29 December 2014

CORENG DAPAT ANAK

2 Mac 2008. Pada 23 Feb 2008, jam lebih kurang 2 pagi kelibat coreng tak kelhatan seperti mana biasanya pasti menunggu depan pintu bila dibuka. Sejak petang lagi coreng seringkali cuba menyelinap masuk umah, asalkan pintu atau tingkap terbuka. Petang 22 Feb Coreng nampak gelisah, dan mula manja dengan semua orang tetapi seringkali kena marah sebab semua orang tak suka digesel sebab geli dan tak suka digesel kucing. Sejak maghrib coreng tak dapat dikesan, makan pun tak minta, makanan yang diberi pun masih ada lebihan, kami juga tercari-cari dan bila Sai balik Coreng juga tak ada untuk menyekat lauan motosikal dan juga meow untuk minta friskies.

Malam itu aku tiduk lewat menyiapkan thesis dengan melayari Portal UUM, e services Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan juga Goooogles. Selepas penat dan mata mula sakit aku terdengar ada benda jatuh diluar dan membuat aku berkeinginan menyiasat. Setelah selesai menutup Streamyx dan PC aku membuka lampu luar sambil mencari dan memanggil coreng. Tiada bunyi dan semasa menutup pintu aku terpandang ponco loreng berada dibawah bersebelahan mesin basuh dan disebelahnya coreng sedang menyusu 4 ekor anak kecil, masih terdapat darah dan lendir disekeliling tempat. Rupa-rupanya coreng menarik ponco sebagai tempat berlindung dari pandangan kami/musuh. binatang mempunyai instinct untuk membuat persiapan beranak dan juga menjaga keselamatan anak-anak. Aku masuk kerumah mengambil kain untuk mengalas anak-anaknya agar lebih selesa. Coreng sentiasa berwaspada agar anak-anaknya tidak diambil jadi aku terus masuk agar coreng lebih selesa menguruskan diri dan anak-anaknya. Keesokanya aku maklumkan kepada emee, tam dan sai masing-masing meluru melihat coreng dan anak-anaknya. Seekor berwarna perang, 2 kelabu dan satu bertompok oren, kelabu, hitam dan putih. Dah hampir 10 hari coreng mempunyai anak jadi berbagai pengajaran diperolehi oleh anak-anak bagaimana binatang menyayangi anak walaupun bernama binatang. banyaklagi boleh diambil melalui menjaga binatang, kadangkala makanan lebih boleh diberi dan jika lebih sikit duit beli friskies dan ikan. Ianya menjadi kita lebih banyak bersedekah dan menyemai sifat kasih sayang. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive