Monday 29 December 2014

HARI KELUARGA BT FERINGGI pada 23 JUL 11 - HUT KPD

          Walaupun dalam kumpulan kecil, acara HUT KPD tetap diteruskan. Objektif adalah bagi mengeratkan tali silaturahim dikalangan anggota dan juga mengenali satu sama lain terutamanya ahli keluarga. Tarikh 23 Jul diambil memandangkan ianya satu tarikh yang sesuai kerana minggu hadapan akan menghadapi puasa Ramadhan dan masih di dalam mood sambutan HUT ke 54 pada 15 Jul 11. Majls disusunatur agak lewat kerana ianya tidak termasuk di dalam aktiviti tahunan ianya diilham disaat akhir apabila ada anggota dinaikan pangkat. bajet sebanyak RM 500.00 telah dikeluarkan daripada bajet tahunan HUT dan tempat dilokasi MSS PP di Bt Feringghi kerana ianya paling dekat dan kebanyakan bantuan log dapat dikurangkan. Dihari sebenar jam 730 pagi kami sudah bergerak dengan berbekalkan sarapan pagi Pulut dan sambal tumis bilis. Jam 0830, hanya baru 2 keluarga tiba yang lain masih dalam perjalanan manakala ketua penyelarasan masih belum kelihatan. kami 4 orang bermula acara pemanas badan dengan Futsal 2 lawan 2 (sepatutnya senamrobik) bagi menunggu persiapan kehadiran keluarga dan persiapan acara sukaneka. Jam 0945 acara kedua dilaksanakan dulu kerana bahan untuk acara pertama dan lain-lainnya belum sampai serta keluarga sudah ramai tiba.
          Acar semakin bertambah meriah dan kanak-kanak nampak bersemangat untuk meneruskan permainan waulapun matahari mula menyinar terik. majlis berhenti seketika bagi sarapan jam 1045 pagi dan disambung semula jam 1130 dengan acara dewasa lari ikat kaki berpasangan, balun adan sambut belon berpasangan, jalan berundur bawa bola pingpong dan diakhiri acara tarik tali. Acara ditamatkan dengan makan tengahari tetapi sebelum itu diadakan pertandingan mengutip biji saga dan penyampaian hadiah diakhiri pemakaian pangkat (Azza dan Adi). Sajian tengahari juga disediakan buah durian dan rambutan. majlis bersuarai jam 1400. Seperti biasa hanya yang tinggal belakang bertungkus lumus menyusun kembali peralatan, sebagai pengajaran rancangan tidak dibuat sehingga ke garisan penamat. Sepatutnya diberi penugasan dan semua membantu. ini perlu dibuat oleh penyelaras dan detail task dikeluarkan. Anak-anak dan keluarga hendaklah digembelingkan dengan semangat gotong royong dan ringan tulang. Selain bersukaria ianya adalah latihan bagaimana pengurusan baik dan berhemah digunapakai. Manakala yang berat tulang diuruskan secara santai dan anak-anak diajar menjaga kebbersihan. Diakhir dikumpulkan naka-anak dan diarah mengutip sampah sarap dan membersih kawasan aktiviti begitu juga sementara aktiviti penyampaian hadiah disiapkan acara keluarga secara santai dan bersama dilaksanakan bagi melatih sifat kerjasama disamping menghilangkan rasa keletihan dan kepenatan sebelum acara terakhir makan dan peyampaian hadiah dilangsungkan. Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive