Saturday 16 February 2008

HAPPY BIRTHDAY 19 TAHUN

Happy birtday kepada Illah yang ke 19 tahun, malam itu tepat jam 12malam ibunya menelefon untuk mengucapkan selamat hari lahir, begitu juga SMS dari kakak ain. Mengingati tarikh lahir di dalam anggota keluarga adalah menjadi budaya kami sekeluarga tidak semestinya mengadakan parti harilahir ianya tidak meriah tetapi mengingati tarikh lahir dapat juga memberi ikatan kekuatan keluargaan menjadi bertambah kukuh. Kalau dilihat orang barat maju disebabkan ikatan modal insan menjadi satu budaya kehidupan mereka. Ucapan dan kata-kata dan diiringi hadiah dapat memberi semangat kepada setiap insan dan sekurang-kurangnya mengetahui usia semakin meningkat. Ini juga dapat memberi motivasi untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. Kasih sayang diantara keluarga terus menjdai intim, kalau dilihat orang barat yang mempunyai harta mampu memberi hadiah mahal-mahal untuk mengembirakan tarikh lahir seseorang. Bagi kita mengingati dan berdoa untuk panjang umur dan murah rezeki juga sebagai hadiah yang kekal abadi sehingga akhir hayat. Kalau mampu apa salahnya memberi hadiah yang mahal-mahal dan jika budaya ini diamalkan kita pasti berusaha menyimpan sedikit peruntukan membeli hadiah, kek ataupun ucapan SMS juga memadai selain ucapan doa. Kak Illah di KL jadi kami sekadar memberi doa, ucapan dan SMS sahaja. Wasssalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive