Saturday 16 February 2008

MAJLIS KENDURI KAHWIN

Selamat Pengantin Bari Adik Wan dan Ju, kedua pengantin telah selamat disandingkan dengan majlis kenduri pada 10 Feb di Lana Bulu, Air Hitam dan semalam 16 Feb 2008 di Sedaka Tengah, Yan Kedah. Hari Sabtu adik Emee kena hadir kelas Solat Bistari di SDWK mulai jam 0730 hingga 1630, jadi beliau enggan ponteng kelas begitu juga Sanee and Sai ada kerja perlu diselesaikan illahdi KL, jadi tinggal kami berempat ke umah Kakak. Kami belikan Cup Cake (100 bungkus) dari Ikhwan bakery di Bdr Darulaman sebagai buah tangan. Usahawan dan rangkaian muslim Ikhwan mempunyai hampir 500 cawangan di seluruh Malaysia sebagai menyahut seruan fardhu kifayah.
Kenduri sekarang semuanya pakai katering dan tuan rumah hanya menyediakan menu tambahan jika mampu. Abang Din gunakan khidmat SNS Shukur Catering (Teluk Bagan) dengan tambahan menu bubur kacang special dan warung teh tarik. Pelbagai hadiah reka bentuk buah tangan disediakan kepada tetamu yang datang. Permainan tradisonal gendang pencak silat/serunai/gendang keling dari Dulang, kumpulan Marhaban dan DJ Zulfadzli dari Taman Bersatu Kuala kedah. Hari tu aku dan isteri serta anak buah (Nab) ambil peranan jadi pengelola urusan pengantin dari mula sampai dengan silat pengantin, meja pengantin, acara bergambar hingga selesai sesi sambut pengantin. Kami ikut pengalaman di BAKAT untuk memastikan saat-saat raja sehari dirakam dan memberi keselesaan kepada rombongan pihak pengantin perempuan. Jurugambar (apek dar Sg Petani) pandai memberikan gaya posing untuk rakaman pengantin. Begitu juga setiap barang hantaran diambil gambar untuk kenangan dihari tua. Rakaman terakhir melibatkan kedua-dua keluarga juga dibuat sebagai kenangan. Alhamdullillah majlis kenduri tamat dengan sempurna, makanan mencukupi dan cenderahati melebihi daripada cukup. Iktibarnya mengadakan kenduri sekarang memerlukan sekurang-kurangnya RM 20 ribu. Ini juga sebagai sedekah memberi makanan dan juga ikatan silaturahim sesama keluarga dan jiran tetangga. Petang itu selepas sembahyang Zohor Jam 1530, aku bergerak keluar untuk menjamah makan kali kedua, tiba-tiba disapa oleh rakan lama L t Zul yang sama-sama belajar di UUM dan juga rakan seperjuangan sejak tahun 1980 lagi. kami sama-sama kenal baik dan tak disangka ada juga pertalian keluarga melalui abang ipar (tuan rumah). Majlis sebegini juga dapat memberikan ruang untuk mengeratkan tali persaudaraan, jadi L k Zul (Azian) yang adik iparnya L K Ezani (Ana) satu kor menjadi extended family bertambah panjang. Begitu juga dengan L T Abdullah (zuraida) juga ada kaitan. Jadi siapa sangka orang kelantan, orang Johor menjadi perkahwinan menjadi ikatan saudara bertambah dekat. Semasa majlis itu., Mak Nyah Nyam juga jumpa kawan lama sebelah Pengantin Perempuan (Tok) dah sebegitu lama tidak berjumpa dan bersua kembali dimajlis perkahwinan tersebut. Inilah hikmah jika adanya jemputan kahwin selain melayan jemputan ianya juga merapatkan tali silaturahim, mendapat berita serta waktu bertemu saudara, jiran, kawan dan juga kenalan baru. Inilah hikmah mengedakan majlis kenduri/sedekah/amal jariah. Wasssalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive