Monday 18 February 2008

JUMPA SKUAD LAMA TJT 21

19 Feb 2008. Semalam jam 11 pagi aku terima SMS M (B) Fauzi Abdullah (6779) Syed Purta kompeni ajak main golf, dah hampir 2 tahun tak main katanya. Waktu itu aku sedang melayari internet untuk bahan kajian thesis paper. Jam 1600 kami rancang untuk main golf di UUM memandangkan banyak masa untuk berborak kisah lama dan padang golf UUM juga tidak ramai pengunjung. Jam 1530 beliau menjemput aku dirumah dengan Hyundai Matrix ke UUM. Skuad walaupun hampir 2 tahun tidak bermain tapi masih mampu dapat Par dilubang keempat (padanle dulu handicapped 18). Di dalam buggy dan semasa bermain kami banyak bercerita mengenai kisah silam di kadet. Aku masih handicapped 24, takpe lah baru main satu tahun, skuad dah main sejak tahun 1996 lagi, cuma berhenti sat tahun 2006 dan 2007 kerana menghadapi cabaran perniagaan. Tahun 2008 telah menunjukan prestasi yang memberangsangkan. Walaupun bermain sembilan lubang kami menghabiskan masa hampir 2 jam 45 minit beriadah sambil berborak. Skuad sekarang dah jadi bisnessman melalui internet dan direct nego untuk membekalkan perkhidmatan pengiklanan brochure kepada client untuk diedarkan dan InsyaAllah pada bulan Mac beliau dapat jadi pengedar buku rujukan kepada Pusat Kegiatan Guru.
Sekarang skuad menetap di Perlis (dekat Sek Syed Alwi) dan menjalankan bisnes di Penang. Skuad juga merancang untuk meneruskan pelajaran di UUM samada di peringkat ijazah atau sarjana bagi meningkat ilmu dibidang bisness. Walaupun dah berjaya beliau masih ingin belajar untuk keperluan masa hadapan yang lebih cemerlang dan gemilang. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive