Friday 20 November 2009

BERTUGAS LUAR KAWASAN SAMBIL MENGENANG JEJAK 29 TAHUN LALU

Sambil bertugas ke Johor dan Melaka atas tugasan sementara, aku dapat juga membawa isteri bagi melepaskan penat dirumah. Anak ketiga dapat menguruskan adik emee sepanjang tugasan luar. Kami bermalam di H.Mutiara dan sementara aku menjalankan tugas isteri ws kat shopping complex. Kami terus ke PULADA dapat menceritakan detik tahun 1981 semasa kembara duga dan makan satay napoh (tapi yang dijamu oleh staf ular sawa) di Kawasan Ikhtiar Hidup. Kami kepuncak paling tinggi di Kompleks Sajian (P) yang dalam pembinaan dan dari situ aku dapat melihat WP dimana aku pernah menjalani kursus TSP. tahun 1990. Dari P...da kami terus ke Mersing dan menginap di Timotel (Timor Hotel). Malamnya kami makan diRestoren berhampiran H.Seri Malaysia. Seingat aku inilah kali kedua aku ke Mersing, tempat OB School dulu kami tidur semalaman sekarang dah dijadikan Kem PLKN dan Kem Iskandar pula waktu itu masih dalam pembinaan laluan ke kem sekarang. Dulu kami ke Pulau Sibu, khabarnya pulau itu dah membangun dan jadi tarikan pelancong. Pernah disini ada harimau dan gajah sekarang x pasti le..

Jalan Jemaluang-Kluang masih dalam ingatan dan tidak banyak pembangunan. Sekarang sudah ada MRSM, sekolah Sains, Politeknik dan ILP. Begitu juga bandar Mersing sudah banyak bangunan baru. Dari bilik hotel banyak kenderaan walaupun jam 8 malam, Jalan ini juga ke Kuantan melalui pekan Endau/Rompin. Perjalanan diteruskan ke Kluang, dan singgah makan tengahari di Restoren Asam Pedas Kampung. Ikan mearah masakKari dan asam pedas memang segar. Seingat aku juga di Kluang sudah beberapa kali datang minum kopi Kluang. Kami akhirnya menginap di Hotel Everly bagi tugasan akhir di Kem Terendak. Makan malam diCoffee House bersama mantan pengarah, esoknya aku jadi pengerusi mesyuarat dan semasa aku bertugas dibawahnya dulu, aku jadi setiausaha atau turut hadir, tetapi semalam aku jadi pengerusi. Pelbagai cerita lama dan hal anak menjadi bualan, jurang dan perbezaan pangkat sudah tiada lagi tetapi adab sopan orang muda terhadap yang lama tetap dipelihara. Semasa di Kuching aku melayan beliau bersama isteri dengan BBQ di Semantan, Top Spot dan di Restoren Manggo, siapa sangka semalam, beliau pula belanja dan bersama aku dan isteri makan malam. Inilah pusingan dunia, kalau kita ikhlas dan melaksanakan tugas tanpa balasanapastinya satu hari nanti segala kebaikan akan datang jua, cuma masa dan harinya berbeza. Aku juga melawat pasukan lama dan jumpa staf yang dulu baru masuk sekarang dah jadi Peg Waren. Masih terdapat tugu dengan nama aku dan staf terlibat menjadi kenangan,. Walaupun penat dapat juga mengimbau masa dahulu bersama isteri tersayang. (TK to M. Rodzi, K.Zaki, LCol Hamid, M.Nasir, Karim, Lokman, Feizal dan Adzmi semasa lawatan tersebut)

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive